Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » “Macam Bihun PAMA!” Kecewa Dengan Bihun Sup Yang Dibeli, Ini Pula Nasihat Warganet Pada Wanita Ini

“Macam Bihun PAMA!” Kecewa Dengan Bihun Sup Yang Dibeli, Ini Pula Nasihat Warganet Pada Wanita Ini

Kategori:
BIHUN PAMA

Bihun sup antara makanan yang digemari oleh rakyat Malaysia. Mudah untuk disediakan, setiap orang mempunyai resepi unik masing-masing. Malah, ada mereka yang dapat mencari rezeki dengan hanya menjual bihun sup.

Namun, sebagai seorang peniaga, jangan lah pula mengambil kesempatan atas pelanggan. Apabila meniaga bihun sup itu, cubalah menyediakannya sebaik mungkin. Jangan lah dengan ala kadar sahaja, nanti sama pula dengan bihun segera yang mudah didapati seperti bihun pama.

Beli Bihun Sup RM 6 Tapi Ini Yang Dapat

Di laman Facebook, seorang pengguna, Mc Tie Tie meluahkan rasa kecewa apabila bihun sup yang dibeli didapati kurang memuaskan. Menurut posting tersebut, bihun yang dibeli dengan harga RM 6 kelihatan kosong dan hanya dihiasi dengan sedikit daun sup, bawang goreng, sambal kicap dan hirisan ayam rebus.

Tidak berpuas hati, wanita tersebut memohon penjelasan dari peniaga lain.

Nak tanye persatuan2 penjual bihun sup semalaysia…MCM ni ke bihun sup rm6 selepas pkp

BIHUN PAMA BIHUN PAMA

Kosong Sebegitu, Sama Macam Bihun Pama

Menjengah di ruangan komen, warganet turut menyamakan bihun sup yang dibeli dengan bihun pama, iaitu bihun segera yang boleh didapati dan mudah untuk disediakan.

BIHUN PAMA

Nak Lebih? Buat La Sendiri

Namun, ada juga segelintir individu yang mempertahankan peniaga tersebut dan menasihatkan wanita itu untuk sendiri menyediakan makanan tersebut.

BIHUN PAMA

Agaknya tak tahan dengan pelbagai komen dari warganet, wanita itu terpaksa menutup ruangan komen. Meskipun ramai yang berpendapat bahawa wanita tersebut salah kerana telah mengadu dengan makanan yang dibeli di media sosial, para peniaga seharusnya meniaga seikhlas hati.

Jika ingin para pelanggan berpuas hati, peniaga juga perlu beri yang terbaik pada mereka. Maklumlah pelanggan yang berpuas hati juga tidak keberatan untuk mengunjungi kedai anda sekali lagi malah menyedekahkan doa buat anda.

Kredit: Mc Tie Tie via MATJHN OFFICIAL

Baca Juga: Pukul 10 Malam Masih Lagi Setia Menanti Pelanggan, Peniaga Ini Tetap Menjual Aneka Kek Meskipun Sudah Tiada Orang

tags: |