Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » “Nurse Sampai Bingung..” Wanita Ini Diwardkan Atas Sebab ‘Special Case’ Tapi Masih Tampil Tenang & Berselera

“Nurse Sampai Bingung..” Wanita Ini Diwardkan Atas Sebab ‘Special Case’ Tapi Masih Tampil Tenang & Berselera

Kategori:
bingung

Proses mengandungkan dan melahirkan anak bukanlah mudah. Malah, ianya bagai satu pertarungan diantara hidup dan mati bagi seorang wanita kerana kesakitan tersebut tidak dapat dibayangkan.

Bagi mereka yang telah atau bakal bergelar sebagai seorang ibu, kandungan yang dibawa ada saat manis dan pahitnya. Kesakitan turut dihadapi dalam cara masing-masing bagi setiap orang. Ada yang menangis dan panik tapi ada juga yang tenang dan tidak melayani kesakitan tersebut dengan harapan ianya akan beransur.

Contraction Tinggi Tapi Tetap Tenang & Berselera, Bingung

Di laman TikTok, orang ramai berasa hairan dengan gelagat seorang wanita mengandung, keshzamri__ apabila melihat dia begitu tenang dan berselera meskipun telah diwardkan atas kes istimewa kerana contraction yang tinggi.

Tampak berselera, wanita itu menjelaskan bahawa jururawat yang bertugas turut bingung melihat gelagatnya. Tambahnya, walaupun tenang, kesakitan itu tidak dapat digambarkan dan dia cuma mampu menangis di sebalik langsir katil.

@keshzamri__

Reply to @faarus_ aminnn aminn. Doakan saya juga ya. Sebenarny ada sakit juga. Cuma nangis di sebalik langsir katil 🥲🥲

♬ Seribu Kemanisan – Siti Nurhaliza

@keshzamri__ Reply to @faarus_ ♬ Seribu Kemanisan – Siti Nurhaliza

Pesakit Yang Kuat, Semoga Dipermudahkan Urusan

Di ruangan komen, warganet bukan sahaja berasa hairan tapi turut kagum dengan kekuatan wanita tersebut. Masih lagi tenang dan berselera, mereka mendoakan agar dia sentiasa dilindungi dan dipermudahkan urusan.

Pegalaman Yang Sama, Sakit Tak Perlu Dilayani

Malah, ada juga yang berkesempatan untuk berkongsi pengalaman yang sama dihadapi oleh mereka ketika mengalami contraction sebelum melahirkan anak. Selera yang besar mengalahkan sakit tersebut. Makan tak henti-henti!

Sabar lah para ibu, ini merupakan perjuangan mulia. Semoga kesakitan itu akan digantikan dengan sesuatu yang lebih manis buat anda. Jom kita doakan agar mereka sentiasa berada dalam keadaan selamat dan dilindungi.

Kredit: TikTok keshzamri__

Baca Juga: “Semua Nak Pertikai..” Gara-Gara Bersedekah Pada Anak Yang Kelaparan, Lelaki Ini Dikecam Warganet

tags: |