Ini dia resepi biskut cornflakes crunchy chocolate chips yang mudah. Hanya menyukat guna cawan sahaja. Dan yang paling penting biskut cornflakes crunchy chips ni sangat sedap.
Anak-anak mesti suka sebab ada coklat chips. Bukan setakat anak-anak, mak bapak pun pasti suka. Jom lihat resep lengkap di bawah ini.
Cara Buat Biskut Cornflakes Crunchy Chocolate
Bahan-bahan:

- 250g buttercup atau boleh guna planta
- 1 cawan gula aicing
- 1 sudu kecil esen vanila
- 3/4 cawan tepung jagung
- 2 cawan tepung gandum
- Cornflakes secukupnya ( Cik tom letak dalam 3 cawan, ramaskan sedikit)
- Chocolate chips
- Chocolate rice (optional)
- Almond cincang (optional)
Cara-cara:
- Kacau sebati butter, gula aicing dan esen vanila. Guna senduk je. Jangan pukul sampai kembang.

- Kemudian masukkan tepung jagung dan tepung gandum sikit-sikit, tak perlu diayak. Kacau sebati. Adunan memang lembik ye, jangan panik.

- Masukkan cornflakes, chocolate chips dan almond. Gaul sebati.

- Sudukan adunan atas loyang yang dah disapu butter/ planta. Nak cubit-cubit guna jari jemari pun boleh. Lepastu nak golek-golekkan dalam baki cornflakes.
- Jarakkan sikit ye, biskut akan mengembang. Tapi dia punya kembang tu biasa-biasa je sebab kita tak guna soda bikarbonat dan baking powder.

- Sebelum tu, boleh panaskan oven dulu ye dalam 5-10 minit. Kemudian baru boleh bakar biskut kita, suhu 160’c masa 20 minit atau ikut oven masing-masing ye (api atas bawah).
* Mula-mula keluar dari ovan biskut memang lembut, lepastu baru akan keras. Sejukkan dulu baru susun dalam balang.

SELAMAT MENCUBA!
Sumber: Nurul Syuhada Che Din Via MAHN
Baca juga:Ini Cara Buat Chocolate Eclairs Yang Sedap Hanya Dengan 4 Bahan, Tak Perlu Bakar Pun