Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Biskut Cornflakes Rangup

Biskut Cornflakes Rangup

Kategori:
biskut cornflakes rangup

Post kali ini kami kongsikan kepada anda resepi ringkas dan mudah untuk disediakan iaitu, biskut cornflakes rangup. Lebih puas untuk dinikmati kerana kita membuatnya sendiri.

Bahan-Bahan:

  • 1 3/4 cawan gandum
  • 1/4 cawan tepung jagung
  • 3/4 sudu kecil baking powder
  • 2 1/2 cawan cornflakes…(belum diramas)
  • 150g marjerin/butter
  • 3/4 cawan gula kastor
  • 1 biji kuning telur
  • 1/2 cawan cornflakes…ramas ngan tangan…( ni utk digolek biskut sblm bakar)

 

Cara-Cara :

  1. Cornflakes dihancurkan… (sy lenyek ngan lesung batu)
  2. Ayak tepung gandum, tepung jagung & baking powder
  3. Pukul marjerin & gula hingga putih… (sy guna whisk)
  4. Masukkan kuning telur… pukul lagi sebati
  5. Masukkan tepung, & cornflakes… gaul sebati…adunan agak lembik….
  6. Bulat2 kan dan leperkan…. gaul dlm cornflakes hancur…. susun dalam dulang pembakar
  7. Bakar suhu 170 celcius selama 15min (satu adunan dapat -+100 biji)

Selamat mencuba!

 

tags: |