Biskut Crunchy Caramel Almond atau juga dikenali sebagai Biskut Florentine adalah biskut yang paling mudah sekali untuk disediakan. Nama Florentine diambil sempena nama tepung yang digunakan dalam resipi ini.
Jangan terkejut kalau lihat tiada sebarang gula digunakan dalam resipi kerana tepung florentine sudah mengandungi gula dan campuran yang secukupnya sebagai asas gula karamel.
Kalau nak beli biskut ni memang agak mahal kerana bahan-bahan yang digunakan memang semuanya berkos tinggi namun cukup puas hati jika buat sendiri untuk seisi keluarga dan tetamu di hari raya.
Resipi Biskut Crunchy Caramel Almond
Bahan-Bahan:
- 250 gram tepung florentine
- 150 gram kepingan badam (sliced almond)
- 100 gram kuaci putih (sunflower seed)
- 100 gram kuaci labu (pumpkin seed)
- 2 sudu besar bijan hitam
Cara Penyediaan:
- Panaskan oven kepada suhu 160°C selama 10 minit.
- Bakar kekacang selama 5 minit.
- Angkat dan sejukkan kekacang. Gaul sebati tepung florentine bersama kekacang dan bijan hitam. Tuang adunan ke atas tray yang dilapikkan dengan baking paper.
- Bakar pada suhu 160°C selama 10 – 15 minit menggunakan api atas bawah.
- Angkat dan terus potong kepada saiz kecil ketika masih panas. Kalau dah sejuk nanti biskut akan pecah. Potong dengan menggunakan pizza roller atau pisau panjang.
Tips:
- Kalau tak jumpa tepung florentine, boleh cuba cari tepung bienetta. Kedua-duanya boleh digunakan untuk biskut ini.