Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » “Jangan Pinjam Ah Long..”, Boss Tangguh Gaji Pekerja Sampai Tak Ada Duit Nak Makan, Lelaki Ini Kongsi Kisah Sebenar Buat Netizen Terkejut

“Jangan Pinjam Ah Long..”, Boss Tangguh Gaji Pekerja Sampai Tak Ada Duit Nak Makan, Lelaki Ini Kongsi Kisah Sebenar Buat Netizen Terkejut

Kategori:
tak ada duit nak makan

Nasib dan takdir setiap orang berbeza-beza. Ada yang beruntung malah ada juga yang sebaliknya. Sebagai manusia yang hidup dalam bermasyarakat, sifat dan amalan tolong menolong sememangnya diperlukan sesama kita. Yang senang membantu yang susah, misalnya.

“Jangan Pinjam Ah Long..”, Boss Tangguh Gaji Pekerja Sampai Tak Ada Duit Nak Makan, Lelaki Ini Kongsi Kisah Sebenar Buat Netizen Terkejut

tak ada duit nak makan

Seperti kisah yang dikongsikan oleh seorang netizen bernama Abdul Haris, dia menceritakan bagaimana dia berjumpa dengan seorang insan yang dihimpit dengan masalah yang bertubi-tubi sehingga harus menahan kelaparan.

Menurutnya, insan terbabit tidak mempunyai wang untuk membeli makanan kerana majikannya lambat membayar gaji dan harus keluar daripada rumah sewa. Apa yang paling menyedihkan, dia sampai terdetik untuk meminjam wang daripada ah long kerana kesempitan hidup.

“Sewaktu nak bayar makanan tadi, ada hamba Allah ni tanya, “bang, boleh belanja saya makan tak? saya baru kena buang kerja”. Saya ingatkan dia nak minta duit. Saya cakap sorry-sorry, sebab dia dari segi tubuh badan sihat.

“Lepas tu dia pun gerak. Tapi bila saya ingat balik, dia tak minta duit. Dia minta belanja makan. Maknanya dia betul-betul lapar. Saya terus kejar dia balik. Tengok dia tengah duduk dan tidur tahan lapar di meja food court Pavillion.

“Saya terus panggil dia ajak beli makanan. Dia cerita sampai kena keluar dari rumah sebab tak bayar sewa. Sebab boss hold gaji. Dia siap nak pinjam Ah Long lagi. Saya cakap jangan sampai ke situ. Kita buat balik hidup ni. Never give up,” ceritanya dengan mendoakan semoga insan terbabit diberi pekerjaan yang selayaknya.

“Dia Minta Belanja Makan, Maknanya Dia Betul-Betul Lapar..”

tak ada duit nak makan

@hariskachoMalaysia 2023♬ Kenangan Terindah X Pilihan Yang Terbaik – Reza Zulfikar

Melihat kepada ruangan komen tentang kisah insan tak ada duit nak makan berkenaan, ramai yang bersimpati dan turut berkongsi kisah perit kehidupan yang sama.

“Ya Allah menitik air mata aku. Sumpah aku pun pernah macam ni. Bezanya cuma tak cakap je. Tapi memang dah betul-betul niat nak minta orang belikan nasi putih je sebab sangat lapar,” ujar seorang netizen berkongsi kisahnya dengan cerita yang dikongsikan tentang tangguh gaji pekerja sampai tak ada duit nak makan tersebut.

“Awak orang yang terpilih. Tahniah kerana membantu. Semoga dilipat ganda rezeki,” kata netizen dengan nama Aiman.

“Kamu Orang Terpilih Untuk Bantu Dia” – Netizen

tak ada duit nak makan

Semoga segala kebaikan dibalas dengan kebaikan. Semoga untuk semua yang sedang tersepit dan tergapai, diberikan jalan untuk bangkit kembali.

Sumber: Hariskacho

Baca juga: “Pinggan Tak Beli Sekali, Esok Hantar..”, Budak Lelaki Ini Bawa Balik Pinggan Kantin Sekolah, Gelagat Dia Dinasihati Ibunya Curi Perhatian Netizen

tags: