Sejak minggu lalu, nama Jungle Girl menjadi bualan ramai apabila tular jangkaan hasil jualan TikTok yang mencecah RM1 juta dalam tempoh seminggu.
Nama Jungle Girl menjadi bualan ramai apabila tular jangkaan hasil jualan TikTok yang mencecah RM1 juta dalam tempoh seminggu.
Difahamkan dalam tempoh 28 hari beliau menjual daripada tiga akaun TikTok Shop, serta ejen affiliate, Jungle Girl dapat mengutip RM7.4 juta.
Menerusi hantaran Facebook Rahim Sabri, Jungle Girl perlu menyiapkan tempahan 400,000 botol (RM35 untuk dua botol) untuk dihantar kepada pelanggannya.
Ini bermakna Jungle Girl perlu membungkus purata 14,000 botol sehari bagi menyiapkan tempahan.
Tambah netizen lagi, sekiranya setiap hari gadis itu yang membuat live, pasti beliau mempunyai team yang menguruskan bahagian pembungkusan dan pengeposan.
Warganet juga mendakwa pasti beliau mempunyai ‘modal yang kuat’ kerana TikTok hanya membuat bayaran kepada content creator hanya selepas pelanggan mendapat barangan mereka.
Menerusi satu rangkaian komen ditinggalkan seorang warganet, produk minyak Jungle Girl sudah berdaftar di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Ia terbukti selamat!
Pada masa sama, hasil carian individu itu mendapati produk Jungle Girl dibuat oleh sebuah kilang OEM kosmetik berdaftar di Kelantan. Maka terjawablah sebab wanita berkenaan sering menyatakan ‘guna resipi daripada saya’, apabila disoal oleh orang ramai.
“Jadi boleh terus support produknya dan kalau-kalau sesiapa berminat nak buat produk kapasiti yang banyak dan nak team support konsultasi yang kuat boleh berurusan dengan syarikat tersebut,” ujar warganet tersebut.
Sumber: Vocket
Baca juga: Pengunjung Terkejut Tempat Tengok ‘Sunset’ Di Pantai Kota Kinabalu Dicaj RM20