Anda penggemar sayur-sayuran? Ingin masak sayur yang simple tapi sedap? Berikut merupakan resepi untuk memasak Brokoli dan Cendawan Masak Sos Tiram yang sedap:
Bahan-bahan yang diperlukan adalah:
1/2 brokoli
5 – 6 cendawan shiitake
1/4 biji lobak merah
2 ulas bawang putih
2 sb sos tiram
1/3 cawan air
1 sk garam
1/2 sk gula
1 sb lada hitam
1 biji cili merah
Cara-caranya adalah:
Sediakan bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat brokoli dan cendawan masak sos tiram.
Panaskan minyak, tumis bawang putih sehingga naik bau bersama sos tiram. Masukkan air. Kemudian, masukkan garam, gula dan lada hitam.
Seterusnya, masukkan lobak merah, brokoli dan cendawan. Masak sehingga ianya layu.
Akhir sekali, masukkan cili merah. Tutup dan biarkan selama 3-4 minit. Angkat dan siap untuk disajikan.
Selamat Mencuba.
Tonton video ini untuk mengetahui cara-cara penyediaannya: