Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Brownies Mudah Dahlia’s Kitchen

Brownies Mudah Dahlia’s Kitchen

Kategori: ,

Brownies adalah pencuci mulut coklat yang dibakar. Brownies datang dalam pelbagai bentuk dan mengikut citarasa masing-masing dalam menambahkan keenakkan brownies. Sudah pastinya anda semua menginginkan kek yang terbaik untuk dihidangkan kepada para tetamu yang hadir ke rumah anda. Apa tunggu lagi, anda mampu membuat brownies yang sedap mengikut resepi yang disediakan untuk anda seperti dibawah:

Resipi Simple Brownies versi Dahlia’s Kitchen

BAHAN-BAHAN (A):

  • 350g Gula Custor
  • 4 Biji Telor
  • 100g Tepung Gandum
  • Garam Secubit
  • 1 Sudu Teh Vanilla Esen

BAHAN-BAHAN (B):

  • 90g Serbuk Coco
  • 100g Mentega

**( double boil kedua-dua bahan ini)**

BAHAN-BAHAN (C):

  • 300g Badam (dicincang kasar dan kemudian dibakar)
  • 350g Coklat Chip

Cara-cara:

  1. Mixer kesemua bahan A. Double boil bahan B (mentega/butter dan serbuk coco, kacau sehingga rata).
  2. Masukkan bahan B ke dalam bahan A. Mixer sebati.
  3. Kemudian, masukkan badam. Kacau rata.
  4. Tuang ke dalam acuan loyang. Tabur cokat chip.
  5. Bakar dalam oven pada suhu 165C-175C selama 10-15 minit. Sedia untuk disajikan.

**Untuk mencantikkan lapisan diatas, sila ikut daya kreativiti masing-masing**

Selamat mencuba.

Cara-cara membuat, sila rujuk pada Tutorial Video.

Kredit: Dahlia’s Kitchen

tags: | |