Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » BTS Meal ‘Diserang’ Peminat, 20 Cawangan McDonald’s Indonesia Terpaksa Ditutup Sementara Waktu

BTS Meal ‘Diserang’ Peminat, 20 Cawangan McDonald’s Indonesia Terpaksa Ditutup Sementara Waktu

Kategori:
bts meal indonesia

BTS Meal, menu terbaharu dan menjadi rebutan ramai telah dilancarkan di Malaysia pada 26 Mei lalu, minggu ini ia mula ditawarkan di McDonald’s Indonesia.

Set BTS Meal yang dilengkapi dengan McNugget, kentang goreng bersaiz sederhana, air minuman serta disertakan dengan dua pilihan sos istimewa, sweet chili dan chajun ini telah membuatkan orang ramai di Indonesia tidak keruan sehingga membuatkan keadaan cawangan McDonald’s di negara berkenaan tidak lagi terkawal.

Menurut Pengarah Komunikasi Bersekutu McDonald’s Indonesia, Sutji Lantyka, beliau memaklumkan pihak mereka sedia mengehadkan penawaran BTS Meal dalam tempoh tertentu bagi mengelakkan kebanjiran para pembeli di cawangan mereka.

Selain itu, beliau turut memaklumkan BTS Meal yang baru sahaja ditawarkan tidak hanya dijual dalam tempoh satu hari sahaja sebaliknya sedia untuk didapatkan sehingga bulan hadapan.

Keadaan menjadi lebih kecoh setelah terdapat cawangan yang memberhentikan penawaran BTS Meal secara tiba-tiba sekaligus membuatkan para pembeli yang majoritinya terdiri daripada rider makanan Gojek mengamuk kerana risau bakal dikenakan penalti kerana gara-gara melengkapkan tempahan pelanggan.

Menerusi laporan daripada Kompas, setakat ini sahaja dilaporkan sebanyak 20 cawangan McDonald’s Indonesia terpaksa ditutup sementara waktu manakala 12 cawangan lagi diberikan amaran bertulis. Semuanya gara-gara tempahan yang banyak diterima pada hari pertama BTS Meal ditawarkan di negara berkenaan.

tags: |