Di media sosial, pelbagai resepi menarik boleh ditemui. Malah, jika dilihat sekarang, orang ramai lebih kreatif dan berfikir di luar kotak, menghasilkan pelbagai resepi dengan menggunakan teknik dan bahan-bahan pelik untuk meraih perhatian.
Ada yang boleh diterima, ada juga yang membuatkan orang ramai berasa geli dan hairan melihatnya. Maklumlah terlampau pelik, kadang-kadang terus hilang selera. Tak semua bahan sesuai digandingkan bersama.
Di laman TikTok, seorang pengguna, kumpenghan, telah memuat naik sebuah video, berkongsi cara untuk menyediakan pasta carbonara dengan menggunakan dua bahan istimewa iaitu straw dari Coffee Bean dan ais krim dari McDonald’s.
Memandangkan straw Coffee Bean boleh dimakan, individu itu ingin mencuba sesuatu yang baru lalu memilih untuk menyediakan carbonara dengan menggantikan pasta dengan straw itu. Tak cukup dengan itu, dia menambah bahan ‘rahsia’ pada sos itu iaitu ais krim McDonald’s.
Setelah siap dimasak, hasilnya tampak sangat pelik dan berbeza dengan pasta carbonara yang boleh didapati di mana-mana restoran.
@kumpenghan They say the straw is turtle friendly. What could go wrong? #coffeebean #straw #Mcd #carbonara #recipe
♬ Comical and a little silly carefree music(831995) – Etsuo Kawasaki
@kumpenghanThey say the straw is turtle friendly. What could go wrong? ##coffeebean ##straw ##Mcd ##carbonara ##recipe♬ Comical and a little silly carefree music(831995) – Etsuo Kawasaki
Melihat di ruangan komen, video itu turut berjaya meraih perhatian Khairul Aming, seorang selebriti masakan di media sosial, terkenal dengan video masakannya. Berasa murung, warganet turut berpendapat sepertinya.
Namun, ada juga yang berminat dan yakin dengan penggunaan straw Coffee Bean dalam resepi itu. Apa yang mengecewakan adalah penambahan ais krim McD.
Macam mana lah dia boleh mendapat inspirasi untuk buat carbonara dari straw Coffee Bean dan ais krim McD? Memang betul-betul pelik itu. Walaupun kreatif, mungkin seeloknya menggunakan pasta biasa dan ikut resepi yang telah disediakan. Jangan tambah yang pelik-pelik, nanti mengubah rasa enak hidangan tersebut.
Kredit: TikTok kumpenghan
Baca Juga: Suka Makan Maggi Guna Chopstick? Lelaki Ini Kongsi Cara Paling Mudah Untuk Menikmati Mee Segera Itu