Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Buat Prank Pada Kawan Di Tempat Kerja, Lelaki Ini Dituduh Membazir. Namun, Ini Penjelasan Sebenarnya

Buat Prank Pada Kawan Di Tempat Kerja, Lelaki Ini Dituduh Membazir. Namun, Ini Penjelasan Sebenarnya

Kategori:
PRANK ORDER

Buah durian sering menjadi pilihan orang ramai. Namun, tak semua orang menggemarinya, terutama dengan baunya yang sangat menyengat sehingga boleh menyebabkan sesiapa sahaja berasa pening. Walaupun dijadikan kek atau kuih, bau buah itu masih dapat dihidu, menjadikan pembenci durian mudah berasa mual.

Jika anda berkawan dengan seseorang yang tidak menggemari durian, cuba lakukan prank padanya dan lihat reaksi mereka. Pasti lucu!

Buat Prank Pada Anti Durian

Di laman TikTok, seorang pengguna, aiman.maza, memuat naik sebuah video dan berkongsi prank yang dilakukannya baru-baru ini pada kawannya di tempat kerja.

Sedar bahawa kawannya tidak gemar dengan buah durian, dia membawa sebiji kek durian padanya. Namun begitu, kawannya tidak menghiraukannya lalu menolak ketepi kek itu. Terhibur, dia memilih untuk membuang kek itu dan meminta kawannya untuk membantu membuka pintu. Merajuk, permintaan itu tidak dihiraukan.

Membuka pintu dengan sendiri, dia akhirnya membuang kek itu ke dalam tong sampah di luar.

@aiman.mazaCake dummy ye guys.♬ Monkeys Spinning Monkeys – Kevin MacLeod & Kevin The Monkey

Jangan Membazir..

Menjengah di ruangan komen, segelintir warganet bagaimanapun tidak terhibur menonton video tersebut. Dikatakan membazir kerana membuang kek itu, hal itu mengecewakan ramai orang.  PRANK ORDER

Rupanya Kek Dummy!

Namun begitu, warganet tidak sepatutnya cepat menuduh lelaki itu sebagai seorang yang pembazir kerana kek yang digunakan dalam prank tersebut merupakan kek palsu sahaja. Lain kali berhati-hati dan amalkan budaya membaca dahulu sebelum meninggalkan komen.PRANK ORDER

Prank sememangnya seronok untuk dilakukan pada kawan-kawan terdekat, kan? Bila dapat kenakan kawan-kawan pasti rasa terhibur.  Perkara gurauan janglah diambil terlalu serius pula.

Kredit: TikTok aiman.maza

Baca Juga: Terkejut Melihat Kejadian Pada Doh Donat, Wanita Ini Berasa Bernasib Baik Kerana Masih Boleh Diselamatkan

tags: