Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Buat Prank Pocong Pada Rider, Tindakan Wanita Ini Bagaimanapun Tidak Kelakar Bagi Warganet

Buat Prank Pocong Pada Rider, Tindakan Wanita Ini Bagaimanapun Tidak Kelakar Bagi Warganet

Kategori:
BUAT-PRANK-POCONG-PADA-RIDER

Kebelakangan ini, makin ramai yang gemar melakukan prank dan memuat naikkannya di media sosial bagi meraih tontonan. Sering kali prank yang dilakukan tidak mempunyai unsur yang membahayakan, sekadar untuk menghiburkan penonton.

Namun begitu, ada juga yang berpendapat bahawa prank perlu dilakukan secara berpada-pada dan mengikut situasi dan individu. Jika tersalah mengenakan, mungkin perkara yang tidak dijangka akan berlaku, sekaligus menyusahkan ramai pihak.

Buat Prank Pocong Pada Rider

Di laman TikTok, seorang pengguna, itsfarahnursyahirah, memuat naik sebuah video yang memaparkan aksi adiknya yang telah menyamar sebagai makhluk pocong untuk mengenakan seorang rider.

Memesan makanan, wanita itu meminta adiknya berpakaian serba putih sambil mengenakan solekan seram untuk menakuti rider yang akan menghantarkan pesanannya. Tampak seram, adiknya lalu menyorokkan diri ketika rider tersebut meletakkan pesanan di hadapan rumah mereka.

Bila sudah tiba masanya, adiknya terus melompat untuk menakuti rider tersebut. Terperanjat, rider tersebut hampir terlupa wangnya. Malah, prank tersebut berkesan kerana kereta dihadapan rumah mereka turut terperanjat.

@far.awayyy__

Look out for a pocong in telekung @hani_nhy #pocong #happyhalloween #tiktokmalaysia dw I gave the delivery man 5 stars

♬ original sound – farahnursyahirah – far.awayyy__

@itsfarahnursyahirahLook out for a pocong in telekung @hani_nhy ##pocong ##happyhalloween ##tiktokmalaysia dw I gave the delivery man 5 stars♬ original sound – farahnursyahirah

Tak Kelakar

Namun di ruangan komen, segelintir warganet merasakan perkara tersebut tidak kelakar dan menghiburkan. Kasihan pada rider yang penat bekerja seharian, prank sebegini juga tidak elok dilakukan pada individu yang lemah semangat. BUAT-PRANK-POCONG-PADA-RIDER

Walaupun prank tersebut menghiburkan, seharusnya kita berhati-hati dan jangan melampau bila melakukannya. Kadang-kadang perkara sebegini turut boleh membahayakan kesihatan. Semoga perkara sebegini menjadi peringatan buat kita semua untuk bergurau secara berpada-pada.

Kredit: TikTok itsfarahnursyahirah

Baca Juga: “Ingat Senang Ke Kerja Rider Tu?” Viral Abang Panda Terkena Prank Order Melampau Dengan Customer, Warganet Bersimpati

tags: