Bedak sejuk merupakan sejenis rawatan kulit tradisional yang berasal dari kepulauan Melayu. Diperbuat dari beras, ianya selalu diamalkan oleh nenek moyang kita sejak zaman-berzaman untuk menyejukkan badan, melicinkan kulit, melembutkan kulit, mengurangkan minyak pada muka, serta menanggalkan sel kulit mati.
Biasanya, bedak sejuk boleh didapati dalam bentuk biji, namun anda juga boleh dapatkannya dala bentuk serbuk dan cecair. Untuk pengetahuan anda, bedak sejuk juga merupakan rahsia nenek moyang kita kekal awet muda!
Jika anda tidak mahu membeli, boleh lah cuba untuk buat sendiri. Lebih bagus kerana ianya bebas dari bahan pengawet dan pewarna. Untuk tahu caranya, baca resepi bedak sejuk oleh Hanie Inara dengan menggunakan bahan-bahan dari dapur saja!
Tips: Anda juga boleh menggunakan bahan-bahan lain ikut kesesuaian kulit. Boleh juga gunakan madu asli atau air asam jawa.
Resepi hari ini lain sikit dari yang lain, kan? Tak salah pun sekali sekala kita cuba resepi untuk penjagaan wajah. Bedak sejuk juga perlu sentiasa diamal kerana untuk menjaga tradisi nenek moyang kita. Nanti boleh lah cuba.
Selamat mencuba dan jangan lupa kongsikan pada kawan-kawan.
Kredit: Hanie Inara
Baca Juga: First Time Try Masker Kunyit, Gadis Cuak Muka Kuning. Penat Basuh Tak Hilang Juga!