Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Buat Sendiri Kek Coklat Moist, Tak Perlu Beli Dah. Yang Penting, Wajib Letak ‘Bahan’ Ini

Buat Sendiri Kek Coklat Moist, Tak Perlu Beli Dah. Yang Penting, Wajib Letak ‘Bahan’ Ini

Kategori:
Buat Sendiri Kek Coklat Moist

Biasa kalau ke kenduri kawin, ramai yang menghidangkan kek coklat dalam bekas kecil-kecil macam ni, Senang bila nak makan. Kalau nak buat untuk makan di rumah pun boleh. Ada 1 bahan penting yang wajib ada dalam resepi kek coklat moist ini. Nak tahu apa bahan penting itu? Lihat cara lengkap di bawah jika anda nak mencuba buat sendiri kek coklat moist di rumah.

Buat Sendiri Kek Coklat Moist, Tak Perlu Beli Dah. Yang Penting, Wajib Letak ‘Bahan’ Ini

Bahan-bahan A:

  • 1 cawan gula halus
  • 1 cawan serbuk koko
  • 1 cawan susu cair
  • 1 cawan minyak masak (WAJIB ADA)
  • 1/2 cawan susu pekat manis

(Satukan semua bahan A. Masak atas api kecil hingga larut)

Bahan-bahan B:

  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 sudu teh soda bikarbonat
  • 1 sudu teh baking powder

(Satukan bahan B. Ayakkan)

Bahan C:

  • 3 biji telur
  • 1 sudu teh esen vanilla

(Masukkan ke dalam blender. Kisar sampai putih)

Cara Memasak:

  1. Masukkan bahan A ke dalam bahan B.
  2. Kemudian masukkan bahan C. Guna pemukul(whisk) sahaja dan bancuh sehingga sebati dan tiada ketulan tepung.
  3. Panaskan pengukus, tuang adunan di dalam bekas kecil seperti dalam gambar dan kukus selama 15 minit. Angkat dan sejukkan terlebih dahulu.

Resepi Topping Coklat:

Bahan-bahan:

  • 1 cawan serbuk koko
  • 1 cawan minyak ( masak/jagung/sayur)
  • 1 cawan susu pekat
  • 1/2 cawan susu cair

Cara-cara:

  1. Satukan semua bahan dan masak dengan menggunakan teknik double-boiler. Masak hingga larut dan tidak berketul.
  2. Angkat dan biarkan suam sedikit sebelum dituang ke atas kek.
  3. Tabur coklat rice untuk hiasan.
  4. Sedia untuk dinikmati.

Kredit: Nasriah Ramli

tags: