Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Buat Sendiri Ketupat Palas Untuk Raya, Ikut Tutorial Bungkus Ini Yang Sangat Mudah!

Buat Sendiri Ketupat Palas Untuk Raya, Ikut Tutorial Bungkus Ini Yang Sangat Mudah!

Kategori: ,
ketupat palas

Ramai yang tidak dapat pulang beraya disebabkan oleh arahan kerajaan dalam membendung penularan wabak Covid-19. Tidak dinafikan, pasti ramai yang sedih kerana tidak dapat beraya bersama keluaga di kampung.

Untuk mengurangkan sedikit rasa sedih, apa kata jom kita hidupkan suasana raya seperti di kampung. Paling kurang pun kena ada ketupat palas untuk hidangan di pagi raya.

Kalau tak pandai buat jangan risau, lihat cara yang dikongsikan oleh Rusmani Hamzah di bawah. Tidak rumit mana pun, selamat mencuba!

Cara Membuat Ketupat Palas

Bahan-bahan:

  • Daun palas
  • 1 kg beras pulut (basuh & rendam 1 1/2 jam atau 2 jam)
  • 400 ml santan pekat
  • 1 1/2 sb garam halus
  • 1 sb gula

(Campurkan garam dan gula ke dalam santan dan kacau sebati. Ketepikan)

Cara-cara:

  1. Toskan beras pulut.
  2. Pastikan pengukus dilapik dengan jaring sebelum dikukus. Bila sudah diletak beras pulut, buat lubang di tengah-tengah beras supaya wap naik dalam pulut.
  3. Masak air untuk mengugkus sehingga mendidih. Kukus pulut kali pertama selama 40 minit.
  4. Bila dah siap kukus, tuangkan ke dalam besen. Ketika pulut masih panas, tuangkan santan dan gaul sehingga sebati dalam 3 minit.
  5. Rehatkan dalam 5 minit supaya santan meresap ke dalam pulut.
  6. Kukuskan pula buat kali kedua selama 20 minit.
  7. Tuangkan pulut ke dalam besen dan gaul selama 3 minit.
  8. Tunggu pulut sejuk dalam 2 atau 3 jam, kemudian baru boleh dibungkus dengan daun palas.
  9. Selepas dah siap bungkus, boleh difrozenkan atau nak kukus untuk dimakan.

Cara Bungkus Dan Ikat Ketupat

Lihat cara untuk membungkus dan mengikat ketupat di bawah:

Klik link ini.

Kredit: Rusmani Hamzah

Baca juga: Cara Mudah Buat Ketupat Guna Daun Pisang. Lebih Wangi, Lembut & Berlemak!

tags: |