Ketupat merupakan menu yang wajib ada setiap kali tibanya Aidilfitri. Sesuai dimakan dengan rendang ayam, kuah kari, daging dendeng dan sebagainya bersama ahli keluarga tercinta di pagi raya.
Mungkin ada yang mahu cuba membuatnya sendiri disebabkan ramai yang tidak dapat pulang ke kampung halaman pada tahun ini. Jika tidak tahu cara untuk anyam daun palas, boleh cuba buat menggunakan daun pisang.
Cukup mudah untuk disediakan, tidak perlu ayam. Yang penting hasilnya ketupat akan menjadi lembut, wangi dan berlemak. Jom lihat resipi lengkap perkongsian oleh Hairul Hamid di bawah.
Cara Buat Ketupat Guna Daun Pisang
Ketupat cara saya:
- 1 Beras pulut – 4 cawan
- 2 Santan – 2 biji kelapa
- 3 Daun pandan – 1 helai
- 4 Daun pisang – 1
- 5 Garam – Secukup rasa
Caranya:
- Rendam beras pulut 2 jam.
- Kukuskan beras pulut bersama santan sedikit garam dan daun pandan.
- Nak kukus sampai masak atau separuh masak pun boleh.
- Biarkan pulut sejuk sekejap dan boleh balut dengan daun pisang.
- Dah siap balut boleh lah kukus sekali lagi selama 15 minit atau 20 minit.
- Ok siap dah.
- Ikut suka hampa nak cicah rendang ka kari ka gula ka atau susu.
- Selamat mencuba.