Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Buat Sendiri Shellout Di Rumah, Modal Tak Sampai RM40 Untuk 7 Orang! Siap Ada 2 Jenis Kuah

Buat Sendiri Shellout Di Rumah, Modal Tak Sampai RM40 Untuk 7 Orang! Siap Ada 2 Jenis Kuah

Kategori:
buat sendiri shellout

Kalau makan shellout di kedai, boleh tahan mahal juga harganya. Kalau makan ramai, boleh cecah RM100 lebih. Seorang pengguna laman sosial Facebook, Raja Amanina berkongsikan cara buat sendiri shellout di rumah dengan bermodalkan hanya RM40 untuk 7 orang makan! Jimat habis ni.

Ikuti resepi lengkap di bawah. Siap ada dua kuah iaitu kuah manis pedas dan buttermilk. Baru puas hati boleh makan banyak-banyak.

Buat Sendiri Shellout Di Rumah, Modal Tak Sampai RM40 Untuk 7 Orang! Siap Ada 2 Jenis Kuah

Bahan seafood:

  • Ketam
  • Kerang
  • Lala
  • Kupang
  • Udang
  • Sotong
  • Ayam
  • Ikan siakap@talapia (optional)

Cara-cara sediakan seafood:

  1. Untuk ikan, lumur kunyit dan garam. Goreng hingga garing
  2. Untuk ketam, kerang, lala & kupang. Cuci bersih, celur/rebus sekejap.
  3. Untuk udang/sotong/ayam. Satukan tepung gandum, 1 sudu teh serbu kari, sedikit air sejuk, 1 biji telur & sedikit garam. Celupkan udang dan sotong. Goreng hingga garing.

Bahan sayur:

  • Jagung (potong 4)
  • Brokoli
  • Carot

*Cuci bersih dan kukus hingga lembut.

Bahan untuk kuah manis pedas

  • 2senduk cili kisar
  • 2 labu bawang besar
  • 8ulas bawang merah
  • 5ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 inci belacan
    *kisar hingga halus bahan di atas
  • 5batang serai diketuk
  • 3 sudu besar serbuk kari
  • 3 sudu besar sos tiram
  • 3 sudu besar sos ikan
  • 3 sudu makan kicap manis
  • 3 sudu makan sos cili
  • 1 kiub pati ayam
  • garam dan gula secukup rasa

Cara-cara membuat kuah manis pedas:

  1. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga garing.
  2. Masukkan serai, serbuk kari, sos tiram, sos cili, sos ikan, kicap&kiub ayam, masak hingga pecah minyak dan tambahkan sedikit air.
  3. Perasakan dengan gula dan garam.
  4. Asingkan sedikit kuah untuk tuang atas ikan.
  5. Masukkan ketam, kerang, lala & kupang yang dah dicelur gaul sebati dan masak sekejap je.

Bahan untuk kuah buttermilk:

  • 2 sudu makan butter
  • 1 biji bawang besar potong dadu
  • 2 tangkai daun kari
  • Cili merah hiris
  • Sedikit kiub ayam
  • 1/2tin susu cair
  • Gula garam secukup rasa
  • Udang/sotong/ayam goreng tepung

Cara-cara membuat kuah celup tepung:

  1. Cairkan butter dan tumis bawang dan daun kari hingga wangi.
  2. Masukkan kiub ayam, cili merah hiris, susu cair masak hingga mendidih.
  3. Masukkan udang/sotong/ayam celup tepung yang dah digoreng perasakan gula garam dan masak hingga pekat.

Kredit: Raja Amanina

tags: