Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Buat Sendiri ‘Spicy Enoki’ Macam ASMR Mukbang Korea, Guna Bahan Ringkas Je

Buat Sendiri ‘Spicy Enoki’ Macam ASMR Mukbang Korea, Guna Bahan Ringkas Je

Kategori:
SPICY ENOKI

Siapa yang suka tengok ASMR mukbang korea di Youtube mesti tahu tahu menu Spicy Enoki ini. Terliur setiap kali tengok mereka ngap masuk mulut tu, siap dengan bunyi yang mengiurkan!

Nampak macam sedap je menu mereka kan? Kalau ada yang terliur, boleh cuba buat sendiri di rumah tapi hanya menggunakan bahan-bahan yang ringkas. Walaupun tak sama sebiji, tapi boleh lah kalau nak cuba. Jom lihat resipi lengkap di bawah.

Buat Sendiri ‘Spicy Enoki’ Macam ASMR Mukbang Korea, Guna Bahan Ringkas Je

Bahan-bahan:

  • 2 paket sos korea adabi (kalau taknak pedas, guna 1 paket sahaja)
  • 4 paket cndawan enoki
  • 4 batang sosej
  • 3 batang fish cake
  • Sos cili sikit
  • Sos hot sauce leslada (kalau tiada, boleh guna hot sauce lain atau apa-apa sos yang boleh menambah rasa)
  • 2 ulas bawang putih cincang
  • Air
  • Telur 2 biji (direbus)

Cara-cara:

  1. Masukkan air dalam periuk. Bila dah mendidih, masukkan bawang putih.
  2. Masukkan sos, kacau sebati. Kemudian masukkan bahan-bahan lain kecuali telur rebus.
  3. Gaul sebati semua bahan, biarkan seketika.
  4. Akhir sekali, letakkan telur rebus di atasnya.
  5. Siap, selamat mencuba!

Kredit: Siti Faizah Mohamad Nawi

Baca juga: Cara Buat Korean Garlic Cheese Bread Yang Mudah. Guna Roti Burger Je Tapi Rasanya Sedap Yang Amat!

tags: