Tiada selera makan bila sakit? Sakit untuk menelan? Nak makan bubur tapi tak tahu masak? Disini ada penyelesaiannya, saya ingin kongsikan resepi bubur ayam dan cara masakan daripada Dahlia’s Kitchen. Menu ini sangat sesuai untuk anak-anak dan juga suami kurang sihat dirumah.

BUBUR AYAM DAHLIA’S KITCHEN

BAHAN-BAHAN KISAR ( Blend ):

  • 6 Ulas Bawang Putih
  • Setengah Ibu Jari Halia

*Kedua dua bahan yg diatas ini, dikisar dan disaring. Ambil air saringan nya sahaja.

BAHAN-BAHAN LAIN:

  • 1 1/2 Leng (gayong) Beras
  • 1 Kiub Chicken Stock
  • Lada Sulah ( citarasa masing2 )
  • Dada Ayam ( dihiris kecil )
  • 1/2 Lobak Merah ( dipotong dadu kecil ) atau Sayur Campur (optinal)
  • Air ( 3-4 mangkuk dahulu, ditambah jika masih pekat )
  • Garam Secukup Rasa

Cara-cara:

  1. Masukkan beras bersama air.
  2. Kemudian, masukkan daging ayam yang sudah dicincang, lobak merah, bahan kisar, kiub ayam, lada sulah, serta garam secukup rasa.
  3. Masak sehingga mendidih.
  4. Akhir sekali, sedia untuk dinikmati.

Selamat mencuba.

Tonton video di bawah untuk mengetahui langkah-langkah penyediaannya:

Kredit: Dahlia’s Kitchen

4/5 (1 Review)
(This post has been visited 3 times!)