Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Bubur Butir Nangka Berinti Pisang Ini Kuih-Muih Yang Selalu Jumpa Di Baazar Ramadhan, Anda Boleh Cuba Buat Sendiri Di Rumah Sahaja & Makan Sampai Puas!

Bubur Butir Nangka Berinti Pisang Ini Kuih-Muih Yang Selalu Jumpa Di Baazar Ramadhan, Anda Boleh Cuba Buat Sendiri Di Rumah Sahaja & Makan Sampai Puas!

Kategori:
Bubur Butir Nangka Berinti Pisang

Tak sabarnya nak masuk bulan Ramadhan ini, bermacam makanan yang akan dijual di baazar Ramadhan. Tapi kalau boleh, jangan membazir kerana nafsu lapar pada waktu itu. Antara kuih yang dinanti-nanti pada waktu itu ialah Bubur Butir Nangka Berinti Pisang.

Bubur Butir Nangka Berinti Pisang ini sangat sedap dan berbeza dengan butir nangka yang berwarna hijau.

Bubur Butir Nangka Berinti Pisang Ini Kuih-Muih Yang Selalu Jumpa Di Baazar Ramadhan, Anda Boleh Cuba Buat Sendiri Di Rumah Sahaja & Makan Sampai Puas!

Resepi Bubur Butir Nangka Berinti Pisang ini dikongsikan oleh chef_fazalina_kitchen dan lalu dikongsikan pula di Facebook Page Resepi Panas.

Bubur Butir Nangka Berinti Pisang

Bahan-Bahan Untuk Kuah:

  • 2 cawan santan pekat
  • 2 helai daun pandan (disimpul)
  • Gula dan garam (secukup rasa)
  • 1/2 sudu kecil Halba
  • 1 sudu kecil tepung beras

Cara Penyediaan Untuk Kuah:

  1. Satukan semua bahan dalam periuk dan masak dengan menggunakan api yang sederhana
  2. Sentiasa kacau supaya tidak berketul
  3. Perasakan garam dan gula
  4. Kacau sampai menggelegak
  5. Tutup api

Bubur Butir Nangka Berinti Pisang

Bahan-Bahan Untuk Biji Nangka:

  • 1 cawan tepung pulut
  • 2 sudu besar tepung gandum
  • 1 sudu kecil pandan paste (clear paste) – optional
  • Pewarna purple
  • Garam
  • Pisang dipotong kecil (sebagai inti)
  • Air secukupnya untuk menguli

Cara Penyediaan Untuk Biji Nangka:

  1. Sebelum menguli, sediakan air untuk merebus dengan panaskan air di dalam periuk (air 3/4 penuh)
  2. Masukkan semua bahan-bahan ke dalam bekas, bersama air yang dibubuh sedikit demi sedikit
  3. Uli sampai sebati dan doh tak lekat di tangan
  4. Kemudian ambil sedikit doh dan leperkan di telapak tangan, bubuh pisang dan tutup doh
  5. Gelek-gelekkan di telapak tangan anda dan bentukkan seperti biji nangka
  6. Terus masukkan doh itu ke dalam periuk ketika air yang sedang menggelegak
  7. Apabila biji nangka masak, ia akan timbul di permukaan air
  8. Bolehlah angkat dan masukkannya kedalam kuah santan
  9. Kalau kuah santan belum siap masukkan dahulu ke dalam bekas yang berisi air masak

Bubur Butir Nangka Berinti Pisang

Sedapnya! Biasanya para bapa yang sukakan kuih Bubur Butir Nangka Berinti Pisang ini. Cubalah di rumah dan buat semasa bulan Ramadhan nanti.

Selamat Mencuba!

Kredit: chef_fazalina_kitchen

Baca Juga: Cara Buat Butir Nangka Paling Senang & Sedap. Simpan Dalam Peti, Makan Sejuk-Sejuk!

tags: | |