Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Cara Buat Bubur Kacang Durian Dengan Rasa Lebih Berlemak & Wangi, Letak Bahan Rahsia Ini Terus Jadi Sedap

Cara Buat Bubur Kacang Durian Dengan Rasa Lebih Berlemak & Wangi, Letak Bahan Rahsia Ini Terus Jadi Sedap

Kategori: ,
bubur kacang durian

Ketika musim durian sekarang, semestinya kita ingin makan pelbagai hidangan yang berasaskan durian.

Biasanya kita selalu memasak pulut durian atau pengat durian yang sememangnya sedap dipadankan dengan bahan-bahan lain.

Tetapi kali ini, Daily Makan ingin memasak bubur kacang durian yang sedap rasanya. Yang penting berlemak.

Cara Buat Bubur Kacang Durian Dengan Rasa Lebih Berlemak & Wangi, Letak Bahan Rahsia Ini Terus Jadi Sedap

Bahan-bahan:

  • 3 cawan kacang hijau
  • 3-4 ulas durian
  • air secukupnya
  • 2 cawan santan pekat
  • 1 hiris halia (bahan rahsia)
  • 2 helai daun pandan
  • 3 sudu besar gula Melaka atau gula kerek/nise
  • gula pasir secukupnya
  • 1/2 sk garam

Cara penyediaan:

  1. Basuh dulu kacang hijau kemudian rendam lebih kurang satu jam.
  2. Selepas sejam buang air rendaman tadi. Masukkan air baru dalam 4-5 cawan dan rebus menggunakan api perlahan sampailah kacang empuk. Nak tahu empuk ke belum, kacang yang empuk sudah kembang bijinya dan lembik bila dipicit. Boleh tambah air jika kacang masih keras.
  3. Selepas kacang hijau empuk, masukkan santan pekat sebanyak 2 cawan. Kalau nak kuah banyak, tambah lagi air dan santan.
  4. Seterusnya untuk menaikkan aroma kuah, masukkan sehiris nipis halia dan dua helai daun pandan. Halia dimasukkan sekejap saja supaya baunya tak mengatasi daun pandan. Lepas seminit dua bolehlah keluarkan balik.
  5. Kemudian boleh masukkan beberapa ulas isi durian kampung.
  6. Lagi sedikit gula dan 1/2 sudu kecil garam untuk melemakkan rasa santan. Kuantiti gula bergantung kepada citarasa sendiri. Biarkan kuah mendidih beberapa kali. Kacau sesekali.
  7. Tutup api selepas sebati ke semua rasa. Boleh makan terus, atau buat aiskrim pun sedap menggunakan bubur ini.

Sudah siap hidangan Bubur Kacang Durian kita. Bolehlah dimakan bersama roti ataupun dimakan begitu sahaja.

Selamat mencuba dan menikmati semuanya.

Sumber: Afy Al Habibi 

Baca juga: Budu Makanan Tinggi Probiotik, Bagus Untuk Usus & Buat Anak Bijak

tags: