Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Bubur Som Som Sedap dan Lembut Dahlia’s Kitchen

Bubur Som Som Sedap dan Lembut Dahlia’s Kitchen

Kategori: ,

Bubur som som merupakan makanan yang digemari semua lapis masyarakat lebih-lebih lagi golongan dewasa kerana apa? Kerana bubur som som merupakan makanan tradisi yang tidak pernah dilupakan setiap lapis masyarkat. Dibawah ini saya akan kongsikan dengan anda semua resepi dan cara-cara membuat bubur som som yang lembut dan sedap. Resepinya sangat senang.

Resipi Bubur Som Som Dahlia’s Kitchen

Bahan-Bahan Gula (kuah/air gula):

  • 3/4 Cawan Gula Pasir
  • 2 Ketul Gula Melaka ( dihiris hiris agar cepat cair )
  • 2 Cawan Air
  • 2 Helai Daun Pandan ( diikat )

Bahan-Bahan Som Som:

  • 1 Cawan Tepung Beras
  • 1 Cawan Tepung Jagung
  • 1 Sudu Teh Garam
  • 3/4 Santan Kotak Besar ( dicampurkan air supaya menjadi 2 Liter )
  • 2 Helai Daun Pandan ( diikat )

Cara-cara:

  1. Kuah/Air gula: Didihkan air bersama gula pasir, gula melaka serta daun pandan.
  2. Som som: Masukkan tepung beras, tepung jagung, garam secukupnya dan daun pandan. Tambahkan santan serta sedikit air. Gaul sebati. Kemudian, masak atas api. Sentiasa kacau supaya tidak hangus.
  3. Masukkan ke dalam acuan dan sejukkan.
  4. Akhir sekali, sedia untuk dinikmati bersama kuah tadi.

Selamat mencuba.

Tonton video di bawah untuk mengetahui langkah-langkah penyediaannya:

Kredit: Dahlia’s Kitchen

tags: | | | |