Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » “Pinggan Tak Beli Sekali, Esok Hantar..”, Budak Lelaki Ini Bawa Balik Pinggan Kantin Sekolah, Gelagat Dia Dinasihati Ibunya Curi Perhatian Netizen

“Pinggan Tak Beli Sekali, Esok Hantar..”, Budak Lelaki Ini Bawa Balik Pinggan Kantin Sekolah, Gelagat Dia Dinasihati Ibunya Curi Perhatian Netizen

Kategori:
bawa balik pinggan kantin sekolah

Kanak-kanak yang sedang membesar biasanya akan penuh dengan perasaan ingin tahu dan imaginasi yang luas. Perbuatan dan gelagatnya pada usia ini akan membawa banyak pengajaran kepadanya dalam mengenal apa yang benar dan apa yang salah. Ia membuatkan mereka bertambah matang apabila selalu belajar tentang kehidupan.

“Pinggan Tak Beli Sekali, Esok Hantar..”, Budak Lelaki Ini Bawa Balik Pinggan Kantin Sekolah, Gelagat Dia Dinasihati Ibunya Curi Perhatian Netizen

bawa balik pinggan kantin sekolah

Seperti sebuah video yang tular baru-baru ini di laman media sosial, gelagat seorang murid sekolah lelaki telah mendapat perhatian netizen. Tindakannya yang membawa balik nasi goreng yang dibelinya di kantin sekolah mencuit hati orang ramai.

Bukan setakat itu, gelagatnya menjadi tumpuan apabila dia membawa balik nasi goreng tersebut bersama pinggan kantin sekolah. Mungkin ada sebab tersendiri di sebalik perbuatannya itu. Apabila dijemput oleh ibunya, ibunya turut terkejut dan menasihatinya agar memulangkan kembali pinggan tersebut kepada pihak kantin.

“Yusuff tu pinggan siapa? Pinggan tu tak beli sekali. Esok hantar. Pinggan tu tak bagi lah. Pinggan kantin punya, kena hantar balik. Esok bagi balik tau,” nasihat ibunya dan dia membalas jawapan ibunya dengan penuh ikhlas.

“Pinggan Tu Tak Beli Sekali, Esok Hantar..”

bawa balik pinggan kantin sekolah

https://www.tiktok.com/@mvrasmi/video/7191712132495379738?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7098174310049957378

@mvrasmi Bukan main selesa ye dik bawa balik pinggan kantin 🤣🤣 Kredit : tiktok – nieysanor #mediavariasi #trending #fypシ #malaysia #tiktoklawak #malaysiamadani ♬ Made You Look – Meghan Trainor

https://twitter.com/aemieruls_/status/1617354796411027456?s=20&t=oC62l4fLU5VcoPv6rY3lPA

Melihat kepada ruangan komen netizen, ramai yang terhibur dengan gelagat budak lelaki berkenaan yang bawa balik pinggan kantin sekolah. Menurut mereka, celoteh anak-anak akan mengajarkan sesuatu kepada mereka kelak.

“Banyak benda boleh impressed dalam video ini. Nasi kantin wow banyak. Betapa steadynya tangan mak dia rekod dan drive lagi. Adik tu bawa nasi macam nak tumpah tapi tak tumpah. Hahaha,” komen seorang netizen bernama Kuden.

“Anak dia kata ni “2 ringgit, tapi kat kantin 1 ringgit” maknanya 2 ringgit tu dia beli sekali dengan pinggan lah tu. Hahaha betul laa dia buat tu,” komen Farah tentang kisah budak lelaki bawa balik pinggan kantin sekolah berkenaan.

“Banyak Benda Boleh Impressed..”

bawa balik pinggan kantin sekolah

Melihat gelagat Yusuff, kita boleh melihat anak-anak kecil meneroka apa yang dia mahukan dan akan belajar sesuatu daripada tindakannya. Mendapat ibu bapa yang memberi didikan seperti ibu Yusuff berkenaan akan menjadikan dia belajar tentang sesuatu untuk hidup di kehadapan hari demi hari.

Sumber: nieysanor

Baca juga: “Mata Aku Pulak Berhabuk”, Keluarga Ini Sambut Hari Jadi Pekerja Kedai Mamak, Tindakan Mereka Buat Netizen Sebak

tags: | |