Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » “Penat Sangat Tu..”, Budak Lelaki Ini Gigih Jual Keropok Hingga Terlelap Depan Jualan

“Penat Sangat Tu..”, Budak Lelaki Ini Gigih Jual Keropok Hingga Terlelap Depan Jualan

Kategori:
terlelap depan jualan

Zaman kanak-kanak lah zaman yang paling dirindui. Penuh dengan gelak ketawa, tak terlalu fikir soal dunia. Kebanyakkan kanak-kanak hanya tahu bermain, makan dan tidur sahaja. Amat jarang untuk kita temui kanak-kanak yang masih kecil bekerja keras demi mencari sesuap nasi.

Kepenatan bekerja ini terpaksa dilalui semenjak dari kecil lagi. Sampaikan ada yang tertidur sewaktu bekerja kerana terlalu penat. Itulah yang terjadi kepada seorang budak lelaki ini di mana dia tertidur sewaktu jualan. Video tentang kanak-kanak terbabit dikongsi oleh Om Rahman menerusi aplikasi TikTok.

Menerusi video berkenaan, dapat dilihat budak lelaki yang memakai seluar pendek serta baju t-shirt itu tidur sambil bersandar didinding kedai.

Jelas kelihatan kanak-kanak ini kepenatan

Di tepinya kelihatan bakul yang berisi dengan pelbagai jenis keropok. Kelihatan sangat lena tidurnya sehinggakan Om Rahman terpaksa mencuitnya untuk beberapa kali. Jelas kelihatan dari wajahnya yang dia sangat kepenatan. Bahkan selepas lelaki ini membeli, dia sambung tidur kembali.

Menurut lelaki ini juga, budak lelaki ini bukanlah pengemis namun penjual keropok yang biasa di depan pintu Restoran Bebek Goreng Haji Slamet Batam. Om Rahman ini kelihatan juga sempat memberikan wang yang lebih sewaktu membeli keropok tersebut.

@rahman_toyotaAyok kita hubur ##fyp ##bantupedagangkecil ##batam ##agungtoyota

♬ Doa Untuk Kamu – Aviwkila

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga TikTok berasa kasihan melihat budak lelaki ini gigih bekerja sehinggakan tertidur. Dalam masa yang sama, ramai juga yang mendoakan kanak-kanak ini dan juga Om Rahman.

Bukan itu sahaja, ada juga yang meminta kanak ini bersabar kerana pasti suatu hari nanti dia akan menjadi orang yang berjaya.

Terus sebar kebaikan..

Semangat nak..

Mungkin kepenatan..

 

Melihat situasi ini memang menyedihkan bukan? Sama-sama kita mendoakan budak lelaki ini agar terus dimurahkan rezeki dan menjadi seorang yang berjaya suatu hari nanti.

Kredit: TikTok Om Rahman

Baca juga: “20 Tahun Lagi Jumpa Balik Ye Nak..”, Adegan ‘Bertemu Jodoh’ Dua Kanak-Kanak Di Kedai Makan Ini Buat Warganet Terhibur

tags: | | |