Di saat kita mencuba pelbagai resepi yang viral di dapur. Disaat dapur kita penuh dengan makanan. Ada yang membazir sebab tak habis. Dan di saat itu juga ada insan lain yang tidak bernasib baik. Yang terpaksa berkejar-kejar dan menebalkan muka demi sesuap nasi. Terpaksa meminta demi mengisi perut kosong ahli keluarga di rumah.
Ya, itulah realiti dunia sekarang. Seperti perkongsian daripada seorang lelaki ini di laman facebook tentang seorang kanak lelaki yang sudah tidak menjamah makanan selama 3 hari, begitu juga keluarganya.
Video berdurasi selama 31 saat ini dikongsi oleh Mohd Zaki Salleh yang melakukan misi bantuan di sekitar Kampung Pengkalan Lebai, Sungai Petani.
“Ini kisah realiti. Saya berhenti kereta. Datang adik Krisnen terus tanya uncle ada makanan? Saya sudah 3 hari tak makan.
Saya cakap rumah ada berapa orang? Dia cakap 5 orang. Terus saya hulurkan 5 bungkus nasi putih siap gulai , sambal belacan dan ikan keli. Mesti family dia suka boleh makan malam ini” tulis Mohd Zaki.
https://www.facebook.com/zackstyloeo/posts/10217281754137603
Menerusi video tersebut, budak lelaki yang bernama Krisnen menyatakan bapanya tidak dapat bekerja yang mungkin menyebabkan mereka hilang sumber pendapatan.
Posting berkenaan dikongsi lebih 5,500 kali dan mendapat 2,700 tanda suka serta komen netizen yang berterima kasih kepada Mohd Zaki atas sumbangan tersebut.
Sumber : Mohd Zaki Bin Salleh
Sumber rujukan : ohmymedia