Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » “Tak Sabarnya Nak Ajar Anak Begini Juga”- Tular Video Budak Lelaki Memasak, Beri Inspirasi Untuk Ibu Bapa Didik Anak Dari Kecil

“Tak Sabarnya Nak Ajar Anak Begini Juga”- Tular Video Budak Lelaki Memasak, Beri Inspirasi Untuk Ibu Bapa Didik Anak Dari Kecil

Kategori:

Kebanyakan ibu bapa mengimpikan anak-anak yang boleh membantu mereka memasak di dapur. Hal ini juga, membantu meningkatkan kemahiran anak-anak itu sendiri.

Kemahiran hidup adalah pelajaran berharga yang akan digunakan oleh kanak-kanak sepanjang hayat mereka. Memasak atau penyediaan makanan adalah antara kemahiran hidup penting yang perlu diketahui oleh kanak-kanak selain daripada membuat keputusan, menyelesaikan masalah, kebersihan diri, dan komunikasi.

“Tak Sabarnya Nak Ajar Anak Begini Juga”- Tular Video Budak Lelaki Memasak, Beri Inspirasi Untuk Ibu Bapa Didik Anak Dari Kecil

Menerusi video yang dimuatnaik di akaun TikTok milik Syatirahabdullah, aksi lincah seorang kanak-kanak lelaki memasak di dapur mendapat pujian dan memberi inspirasi kepada warganet.

Tambahan lagi, menurut caption yang ditulis di dalam video tersebut anak lelakinya telah diberikan pendedahan cara memasak sejak kecil lagi.

Kanak-kanak tersebut secara sukarela mengambil pesanan kedua ibu bapanya untuk dimasak olehnya dengan menggunakan buku resepi kecil miliknya.

Puan Syatiraabdullah juga telah berkongsi tips untuk mengajar anak kecil memasak iaitu mula dengan langkah yang mudah dahulu, iaitu biarkan anak-anak menuang bahan-bahan yang telah kita susun ke dalam.

@syatirahabdullah Tengok buku resepi..🥰🥰 #practicallifeskills ♬ suara asli – hierapsz.

Bagus Didik Anak Dari Kecil Nanti Dia Akan Terbiasa

Meninjau ke ruangan komen, ramai warganet yang memuji kanak-kanak dan ibu bapa tersebut kerana berjaya mendidik anak lelakinya kemahiran memasak.

“Nak ajar anak macam ni nanti” Ujar Aimanz di ruangkan komen budak lelaki memasak.

“Untung wife adik ni satu masa nanti, mak hebat ajar dari kecil” Puji Farah Aira di ruangan komen.

kanak-kanak lelaki memasak

kanak-kanak lelaki memasak

kanak-kanak lelaki memasak

Konklusinya, setiap ibu bapa mempunyai impian dan cara didikan mereka masing-masing. Setiap dari kita harus berusaha memberikan didikan terbaik dan biarkan anak-anak meneroka dunia mereka sendiri.

Kredit: Syatirahabdullah

Baca juga: “Tak Tahu Nak Buat Apa Lagi Dah”- Tauke Nasi Lemak RM1 Mengeluh Ditipu Ramai Pelanggan Kerana..

tags: | | |