Kehidupan seorang kanak kanak sememangnya penuh dengan warna-warni dan kegembiraan. Ketika usia ini, mereka akan mengeksplorasi hal-hal sekeliling dan mencuba sesuatu yang mereka ingin tahu.
Tular di laman media sosial, dua orang kanak-kanak atau kemungkinan adik beradik sedang asyik bersuka-ria di hadapan pesanan elektronik salah sebuah McDonald’s.
Video yang dikongsikan oleh Kazu di TikToknya berkisar tentang celoteh kanak-kanak tersebut yang sedang menekan skrin sambil senang hati berjoget.
Mereka menekan pesanan tersebut hingga RM33,000. Mungkin mereka ingat, pesanan ini akan boleh dibatalkan kerana ia masih tidak dapat dipesan jika belum membuat pembayaran.
Jika dilihat perkara ini, ibu bapa seharusnya memantau mereka kerana penyelenggaraan untuk sebuah mesin ini memakan kos yang beribu. Jika apa apa yang terjadi berlaku kepada mesin ini, mereka juga harus menanggung kerosakan.
Selain daripada itu, bukan sahaja ibu bapa menanggung kos tersebut malah mereka juga akan menanggung malu juga jika dikenakan apa-apa tindakan jika berlaku sebarang kerosakan.
Boleh untuk melepaskan anak bersuka-ria dan bergurau, tapi ada batasnya.
Menjengah di ruangan komen, ramai yang terkejut dan tertanya-tanya ke mana ibu bapa anak-anak ini pergi.
“Mana mak dia geram aku tengok ni..siap berjoget-jogek pulak..”, komen geram daripada netizen bernama Zati.
“Dia ingat main game collect point paling banyak ke siaaaaa..”, gurau warganet bernama Pamon67.
“Kerlazzz mainan budak-budak zaman sekarang, aku dulu tekan-tekan public phone je..”, komen yang ditujukan kepada mereka daripada Ratu Penyu.
Jadi, menerusi perkongsian ini bahawa ibu bapa haruslah memain peranan yang penting untuk memantau anak-anak mereka. Takut jika terjadi apa-apa yang tidak mahu ditanggung mereka dari kecil lagi.
Haruslah menunjukkan contoh yang baik untuk mereka dan selalu menasihati supaya menjaga tatasusila mereka.
Kredit: Kazu
Baca Juga: “Saya Tak Pandai Tekan Kalkulator..”, Mahu Borong Semua Keropok Budak Lelaki Ini, Kisahnya Buka Mata Netizen Tentang Kemanusiaan