Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Tip & Petua » Budu Makanan Tinggi Probiotik, Bagus Untuk Usus & Buat Anak Bijak

Budu Makanan Tinggi Probiotik, Bagus Untuk Usus & Buat Anak Bijak

Kategori: ,
Budu-Merupakan-Makanan-Tinggi-Probiotik

Budu merupakan antara makanan yang sangat popular dalam kalangan penduduk di sebelah pantai timur. Kebiasaannya mereka akan makan budu ini bersama-sama ulaman seperti petai, timun batang serta lauk-pauk lain.

Sos yang berwarna sedikit coklat dan kemerahan ini diproses daripada ikan bilis dan diperam untuk beberapa waktu sehingga bilis tersebut menjadi hancur. Ia biasanya dihasilkan oleh perusahaan kecil dan dijual di kedai dalam botol.

Namun ada juga di sesetengah kedai yang menjual dalam plastik untuk penduduk kampung. Jika ingin dipasarkan kepada orang ramai biasanya ia dimasukkan ke dalam botol.

Bukan sahaja mendapat perhatian daripada penduduk di sebelah pantai timur seperti Kelantan dan Terengganu namun ia juga turut diminati oleh penduduk negeri lain. Bahkan ada juga penduduk dari luar Malaysia yang menggemari budu ini.

Di Kelantan kebiasaannya mereka akan meletakkan bawang, cili dan perahan limau nipis ke dalam budu bagi meningkatkan lagi kesedapannya. Ramai yang kata makanan tradisional ini boleh mencantikkan wajah dan membuatkan kita kelihatan awek muda.

Oleh sebab itu ramai dalam kalangan wanita di pantai timur yang cantik dan berseri. Walaupun begitu masih tidak dapat diketahui lagi setakat mana kebenarannya.

Namun apa yang benar mengenai budu ini adalah ia merupakan salah satu makanan yang tinggi probiotik. Tahukah anda apa itu probiotik? Probiotik adalah sejenis mikro organisma organisma hidup yang apabila dimakan boleh memberi manfaat kesihatan.

Kebaikan probiotik ini adalah ia membantu mengurangkan cirit birit anak, membantu penyerapan usus anak, kuatkan sistem imun anak serta menambah bilangan bakteria baik dalam usus anak.

Hal tersebut telah dikongsikan oleh Wan Zawani Mustafa menerusi laman facebook miliknya. Jom kita ikuti perkongsian beliau di bawah ini.

Budu merupakan makanan tinggi probiotik, bagus untuk anak-anak

Siapa baru tahuu info ni? 

Baruu tahuu buduuuu one of makanan tinggi Probiotik. Lepahhhh ni hari2 kito make Budu yeee anok-anok.

Makanan Tinggi Probiotik bagus untuk anak? 

4 jenis makanan yang tinggi Probiotik untuk IQ & usus anak adalah :

  1. Budu
  2. Yogurt asli tanpa perisa
  3. Tempe
  4. Cencalok

Priobiotik ini adalah microorganisma hidup yang memberikan manfaat kesihatan bila diambil dalam jumlah yang mencukupi

Bahasa mudahnya probiotik adalah ‘kuman baik’

Antara manfaat probiotik adalah :

  • Mengurangkan cirit birit anak
  • Bantu penyerapan usus anak
  • Kuatkan sistem imun anak
  • Tambah bilangan bakteria baik dalam usus anak

” Nak bagi anak sihat tak perlu dengan makanan mewah pun. Cukup dengan makanan yang murah asalkan tahu khasiat & manfaatnya “

Jadi untuk memastikan anak-anak sentiasa sihat dan bahagia, berilah makanan yang berkhasiat dan bermanfaat. Tak perlu berikan minuman kultur yang mempunyai banyak gula untuk dapatkan pribiotik, beri sahaja makan budu. Semoga mereka membesar dengan sihat, pintar dan selamat.

Sumber: Wan Zawani Mustafa

Baca juga: Anak-Anak Batuk Berkahak? Doktor Ini Kongsi 6 Makanan Terbaik Untuk Cairkan Kahak

tags: | | |