Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Tempat Makan » 10 Lokasi Buffet Ramadan Melaka Paling Best Dengan Harga Bawah RM 100. Confirm Puas Hati !

10 Lokasi Buffet Ramadan Melaka Paling Best Dengan Harga Bawah RM 100. Confirm Puas Hati !

Kategori:

Adakah anda sedang tercari-cari pakej buffet Ramadan Melaka dengan harga berpatutan ? Sebenarnya banyak hotel dan restoran yang menawarkan harga di bawah RM 100 ! Nak tahu di mana lokasi menarik untuk nikmati buffet buka puasa di Melaka pada tahun ini ? Teruskan membaca !

10 Lokasi Buffet Ramadan Melaka Paling Best Dengan Harga Berpatutan

1. Villa Istana Melaka

buffet ramadan melaka

Villa Istana Melaka menawarkan buffet Ramadhan sepanjang bulan ini pada setiap hari Jumaat, Sabtu dan Ahad.

Terletak di Ayer Keroh, ia menawarkan lebih 50 menu berbuka puasa yang ekslusif dengan harga berbaloi. Antara menu menarik yang menanti anda adalah nasi minyak, daging dendeng, kupang ala thai serta kambing bakar.

Ia juga dilengkapi penghawa dingin, ruang parking kereta serta kemudahan bilik solat untuk pelanggan.

Harga : RM 65 (Dewasa) / RM 48 (Kanak-Kanak / Warga Emas)

Alamat : Villa Istana Melaka Lot 11319 PM1313, Jalan TU1, Taman Tasik Utama, Ayer Keroh 75450, Melaka.

Whatsapp :  011- 64928928

2. Mudzaffar Hotel Melaka

buffet ramadan melaka

Terkenal sebagai satu-satunya hotel yang berkonsepkan Kesultanan Melayu Melaka, Mudzaffar Hotel membawakan juadah serba mewah untuk buffet Ramadan kali ini. Antara menu yang ditawarkan adalah Kambing Golek, hidangan lauk pauk Melayu tradisional serta anek pencuci mulut termasuk aiskrim.

Di samping menjamu selera bersama rakan dan keluarga, pihak hotel turut menawarkan aktiviti yang selaras dengan bulan mulia ini seperti Tadarus Al-Quran, Solat Tarawih serta Tazkirah Ramadan.

Harga : RM 70 (Dewasa) / RM 49 (Kanak-kanak 4 – 12 tahun & Warga Emas 60 tahun ke atas)

Alamat : Lot 5509, Jalan Wisma Persekutuan, Melaka International Trade Centre, 75450 Ayer Keroh, Melaka

Whatsapp : 011 – 7212 2515

3. Village Grill Melaka

buffet ramadan melaka

Dari rangkaian menu tempatan sehingga makanan barat, Village Grill ada semuanya untuk santapan pengunjung khas pada bulan Ramadan ini.

Antara juadah menarik yang ditawarkan adalah char kuey teow kerang yang dimasak panas-panas, ayam bakar Sarawak, Western Beef Stroganoff dan Udang Blackpepper Chinese Style, anek pasta dan serta pencuci mulut . Untuk tawarkan kelainan buat pengunjung, menunya juga kerap diubah.

Jadi apa tunggu lagi, jom ke Village Grill Melaka !

Harga : RM 42 (Dewasa) / RM 38 (Warga Emas) / RM 29 (Kanak-Kanak 6 -12 tahun)

Alamat :

Cawangan Bukit Serindit :

No. 15-15-1-15-2, Jalan KPMB2, Kompleks Perniagaan Musai Bistari, Bukit Piatu 75150 Melaka

Cawangan Ayer Keroh :

79, Jalan MH 1, Taman Muzaffar Height, Hang Tuah Jaya 75450 Ayer Keroh, Melaka

No. Telefon :

Village Grill Bukit Serindit : 018 – 3102212 (Whatsapp)

Village Grill Ayer Keroh : 012-6160534 (Whatsapp)

4. The Blings Event Space & Café

buffet ramadan melaka

Buffet Ramadan Melaka yang seterusnya dibawakan oleh The Blings Event Space & Café dengan menawarkan konsep Sajian Halaman Kampung pada tahun ini.

Rasa rindu anda pada kampung halaman pasti akan terubat dengan menikmati juadah ala kampung dari chef terkemuka.

Jangan lepaskan peluang untuk berbuka puasa dengan suasana yang meriah dengan harga yang berpatutan bersama rakan dan keluarga.

Harga : RM 68 (Dewasa) / RM 58 (Warga Emas) / RM 48 (Kanak-Kanak)

Alamat : G-43 RIVIERA @PULAU MELAKA, Jln Baiduri 1, 75200, Melaka

5. Hotel Seri Costa

Jom raikan Ramadan bersama rakan dan keluarga di Hotel Seri Costa ! Pada tahun ini, Hotel Seri Costa menyajikan juadah selera kampung dengan harga yang cukup berpatutan.

Untuk kemudahan pengunjung, pihak hotel turut menawarkan parking percuma serta kemudahan surau yang cukup selesa.

Harga : RM 55 (Dewasa) / RM 35 (Kanak-Kanak) / RM 35 (Warga Emas)

Alamat : Jalan Pm 8, Plaza Mahkota, 75000 Melaka

No. Telefon : 012 – 254 5268 (Norli) / o19 – 959 2866 (Dzul)

6. Ibis Melaka

buffet ramadan melaka

Menawarkan lebih 100 juadah berbuka dengan citarasa Malaysia, Ibis Melaka semestinya menjadi pilihan utama warga Melaka yang ingin cipta memori indah bersama keluarga tersayang pada Ramadan ini.

Antara juadah yang menanti pengunjung adalah hidangan tempatan, masakan Baba Nyonya, aneka makanan laut serta kambing golek.

Harga : RM 78 (Dewasa) , Potongan 50% Untuk Kanak-Kanak 6 – 11 tahun & Warga Emas 60 Tahun ke atas.

Alamat : 249, Jalan Bendahara, Kampung Bukit China, 75100 Melaka

No. Telefon : 06- 222 8809 / 019 – 664 5396

7. Café Markisa

buffet ramadan melaka

Satu-satunya lokasi yang menawarkan suasana berbuka puasa di tepi tasik, Café Markisa pastinya menjadi pilihan utama untuk anda nikmati buffet Ramadan Melaka.

Antara juadah yang ditawarkan adalah masakan Melayu seperti ikan patin tempoyak, sambal hijau ikan keli, serta daging masak hitam. Tidak hanya itu, Café Markisa turut menawarkan hidangan ekslusif lain seperti pizza kayu api, pasta, ikan bakar, gulai kambing serta aneka pencuci mulut dan sup. Harganya juga cukup berpatutan !

Harga : RM 55 (Dewasa) / RM 40 (Kanak-Kanak 7 -12 tahun)

Alamat : Kem Lambaian Danau, 77000 Kampong Chin Chin, Jasin.

No Telefon : 011 – 619 76995 / 019 368 2498

8. Hotel Sentral Riverview

buffet ramadan melaka

Pada Ramadan kali ini, Hotel Sentral Riverview menawarkan buffet berkonsepkan Citarasa Desa dengan menawarkan hidangan khas dari negeri Melaka, Negeri Sembilan dan Johor.

Tidak hanya itu, pengunjung juga akan dihiburkan oleh Live Band ketika beriftar bagi menghidupkan suasana di kampung halaman !

Harga : RM 58 (Dewasa) / RM 30 (Kanak-Kanak & Warga Emas 65 tahun ke atas)

Alamat : 177, Jalan Tun Ali, 75300 Melaka

No. Telefon : 017 – 244 9395 (Pn Reyhan) / 014 – 260 6627 (Syazleen)

9. Bayview Hotel Melaka

Bayview Hotel Melaka menawarkan aneka juadah tempatan dan antarabangsa sempena Ramadan ini. Antara hidangan istimewa yang ditawarkan adalah kambing golek, steamboat, serta pelbagai pilihan kuih muih.

Jangan lepaskan peluang untuk iftar bersama keluarga serta yang tersayang dengan buffet Ramadan di Bayview Hotel !

Harga : RM 88 (Dewasa) / RM 68 (Warga Emas & Kanak-Kanak)

Alamat : Jalan Bendahara, Kampung Bukit China, 75100 Melaka

No. Telefon : 011 – 2669 8871

10. Kings Green Hotel Melaka

buffet ramadan melaka

Jom nikmati iftar di Kings Green Hotel Melaka ! Anda pasti akan rambang mata dengan pelbagai piihan juadah berbuka puasa seperti nasi arab, aneka lauk pauk kampung seperti daging salai lemak cili api, ayam masak merah, pelbagai jenis kerabu serta sate.

Harga : RM 55 (Dewasa) / RM 48 (Warga Emas 60 tahun ke atas) / RM 38 (Kanak-Kanak 4 – 12 tahun)

Alamat : No 28, Jalan Tun Perak, Melaka

Whatsapp : 010 – 2095036 / 016 – 948 4574 / 016 – 440 3454

Banyak sungguh pilihan buffet Ramadan Melaka yang anda boleh nikmati. Harganya juga sangat berbaloi dengan tawaran puluhan jenis juadah dan serta pencuci mulut yang menyelerakan. Jadi, apa tunggu lagi ? Jom buka puasa di Melaka bersama sahabat serta keluarga tersayang !

tags: |