Dengan begitu banyak projek pembangunan yang sedang dijalankan, ramai anak muda terlibat dalam industri pembinaan. Tambahan pula, warga asing turut terlibat sebagai buruh kasar.
Perlu berada di tapak pembinaan sepanjang waktu bekerja, ia menjadi sukar buat mereka mendapatkan bekalan makanan dan minuman. Lebih-lebih lagi jika lokasinya berada jauh dari pekan atau bandar, ada yang terpaksa berlapar jika lupa membawa bekal terlebih dahulu.
Oleh itu, pihak pengurusan perlu melakukan satu inisiatif seperti perkongsian ini bagi memudahkan pekerja yang telah penat-lelah bekerja.
Terbaharu, sebuah lokasi tempat pembinaan kelihatan meriah dengan beberapa orang pekerja yang sedang berkumpul untuk membeli dari sebuah kedai runcit kecil yang dibuka di sana.
Melihat pelbagai pilihan minuman tin dan botol serta snek yang ada, pekerja di sana berkumpul untuk mendapatkan makanan dan minuman dari sana dengan harga yang berpatutan.
Dengan kedai runcit yang tersedia itu, pekerja di sana kelihatan sangat senang hati kerana ia memudahkan ramai di antara mereka. Ini terutamanya bagi mereka yang tidak berkesempatan untuk membawa bekalan makanan, untuk mendapatkan makanan bagi mengisi perut yang kosong di waktu rehat.
@ayahkan_boy RM10 x lari sehari matt 😎😎😎
@ongaheh90RM10 x lari sehari matt 😎😎😎
Menjengah di ruangan komen, orang ramai turut tertarik dengan video itu yang telah dikongsikan oleh ongaheh90 di laman TikTok. Pembukaan kedai runcit itu merupakan sesuatu yang menarik dan perlu dilakukan oleh semua syarikat pembinaan. Tambahan ketika hari sedang panas, pasti jualan laku kerana para pekerja akan berlumba-lumba untuk mendapatkan minuman yang sejuk.
Bagusnya bila kedai runcit ini dibuka di tapak pembinaan! Ia tentu perkara yang memudahkan pekerja di sana bagi mendapatkan pelbagai makanan dan minuman sewaktu kerja. Maklumlah tak semua yang sempat untuk membawa bekal.
Semoga syarikat lain juga dapat menyediakan perkara sebegini untuk pekerja mereka. Kalau pekerja senang tentu mereka akan lebih bersemangat untuk bekerja.
Kredit: ongaheh90
Baca Juga: “Ingat Kami Bela Saka?” – Pergi Makan Nasi Kerabu Ayam Bakar, Lelaki Ini ‘Tak Puas Hati’ Gara-Gara..