Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 707K followers
  • 306K followers
  • 99.6K Followers
Home » Berita » “Isu Lama Yang Baru Dipandang..”, Bukan Soal 5 Sen, Tapi Ini Prinsip, Kata PPIM

“Isu Lama Yang Baru Dipandang..”, Bukan Soal 5 Sen, Tapi Ini Prinsip, Kata PPIM

Kategori:
bukan soal 5 sen

Masalah tiada wang kecil tular di media sosial baru-baru ini apabila seorang pelanggan mempertikai tindakan sebuah kopi yang tidak dapat memulangkan baki pembeliannya sebanyak 5 sen.

Namun, hal itu telah mendapat perhatian daripada pihak sewajarnya dan sudah ada maklum balas daripada pihak mereka.

“Isu Lama Yang Baru Dipandang..”, Bukan Soal 5 Sen, Tapi Ini Prinsip, Kata PPIM

bukan soal 5 sen

Menurut Malaysiakini, isu ini bukanlah masalah baru, sebaliknya telah berrlaku sejak sekian lama. Bagi Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), bukan nilai 5 sen yang menjadi pertikaian, tetapi soal prinsip dan integriti penjual.

Ketua aktivisnya Naszim Johan berkata integriti seharusnya dijadikan teras oleh penjual.

“Kita nak meniaga ini nak benda yang betul, yang mengikut prinsip.

“Menipu tak boleh. Jadi, benda seperti melibatkan penipuan ini tak boleh diamalkan,” katanya kepada Malaysiakini.

bukan soal 5 sen

Baru-baru ini, tular perkongsian seorang pengguna berkaitan sebuah kedai kopi yang tidak dapat memulangkan baki 5 sen kepadanya.

Katanya, dia diberikan baki 20 sen – kurang 5 sen – ketika membayar RM12 untuk air kopi bernilai RM11.75, atas alasan tiada duit kecil.

Pengguna itu sebaliknya berhujah, kedai sepatutnya memulangkan 30 sen, kerana mereka yang gagal menyediakan bakinya.

“Kenapa pula kau kena absorb (serap), hilan 5 sen sebab kau yang tak ada baki?” kata pengguna itu.

Alasan Tiada Duit Kecil

bukan soal 5 sen

Luahan itu dikongsi meluas dan mencetuskan perbincangan awam berkaitan kegagalan syarikat yang gagal memulangkan cukup bagi jualan akibat tiada duit kecil.

Kedai kopi berkenaan telah memohon maaf dan berjanji akan mengambil langkah-langkah memperbaiki perkhidmatan mereka. Mereka juga memperkenal baucar percuma tanda penghargaan buat pelanggan.

Mohon Maaf & Bagi Baucar Buat Pelanggan

bukan soal 5 sen

Sementara itu, Nadzim berkata walaupun 5 sen itu nampak sedikit tetapi jumlah sebenarnya banyak jika melibatkan pelanggan yang ramai.

Lebih-lebih, katanya, apabila melibatkan kedai yang mempunyai banyak cawangan, sehingga mencecah angka ribuan.

“Kalau 2,000 kedai kali 10 orang (pengguna jadi mangsa), banyak juga,” katanya lagi mengulas isu bukan soal 5 sen.

Sementara itu, Nadzim menyarankan pengguna melaporkan kes itu kepada pihak berkuasa jika situasi sama melanda mereka.

“Maknanya kalau benda itu tak betul, kena sebut tak betul dan perlu diambil tindakan supaya boleh mengajar masyarakat,” jelasnya.

Melalui isu bukan soal 5 sen, tetapi tentang prinsip, ini juga harus dijadikan peringatan buat semua peniaga di luar sana, kerana ini semua tentang prinsip.

Sumber: Malaysiakini

Baca juga: Pelanggan Lapor KPDNHEP Harga Talam Keladi Mahal Sangat, Peniaga Ini Perjelas Kenapa Jual RM10 Sebekas

tags: | |