Kasih sayang ibu kepada anak-anak mereka tiada tandingan. Walaupun buruk perangai si anak, dibuang oleh orang sekeliling, ibu jugalah yang masih menerima baik buruk anaknya sendiri.
Sebagai seorang anak yang masih mempunyai ibu bapa, berbuat baiklah kepada ibu bapa anda walaupun kebaikan itu hanya sekecil zarah.
Cuba bermanja dengan mereka, seperti menolong mereka ketika di dapur, menyuruh ibu suap makan kerana rindukan suapan ibu semasa kecil dan banyak lagi.
Video yang dikongsikan penuh emosi sedih dan rindu ini dikongsikan oleh norliza92. Berdasarkan video yang dikongsikan, mereka sekeluarga sedang ‘family day’ di mana kesemua keluarga mereka berkumpul untuk meraikan ulang tahun ibunya.
Apa yang lagi yang menyedihkan apabila ada sesi ibu mereka menyuap makan kek untuk 10 orang anaknya daripada sulong hingga ke bongsu. Bermula dari si sulong dan anak yang ke-2 masih lagi boleh bertahan, tetapi bila sampai ke anak yang ke-3, ramai netizen mengalirkan air mata kereana sedih dan sebak.
Siapa yang tidak menangis jika perkara tersebut berkaitan dengan ibu bapa. Melalui video ini, ramai netizen merindukan ibu mereka di kampung malah ada yang sudah meninggal dunia. Tidak sempat untuk berbuat baik kepada ibu bapa mereka.
Setelah sampai ke anak bongsu (anak ke-10), masih terasa hingga ke lubuk hati bahawa sedihnya melihat seorang ibu yang menyangi ke semua anaknya walaupun sudah berusia. Apa yang lagi menyedihkan, terketar-ketar tangan ibu mereka cuba untuk menyuap mereka makan.
Mungkin, apa yang dirasai mereka ketika kejadian itu mengenangkan zaman mereka semasa kecil dan hanya mempunyai ibu mereka sahaja untuk menumpang kasih syurga mereka.
@norliza92 Replying to @MOHAMMAD AZUDDIN ni original sound pn ktorg mmg ltk lgu ni🤗
@norliza92 Replying to @MOHAMMAD AZUDDIN ♬ Buatmu Ibu – Aeman
Sesungguhnya apabila meninjau di ruangan komen netizen, semestinya mendapat reaksi yang penuh emosi sedih dan hiba.
“Berapa pun umur kita, depan ibu kita boleh jadi budak kecil balik”, komen netizen bernama Adha Azmi.
“Allahu rindunya arwah mak. Tak dapat jaga mak sampai mak umur begini. Al-fatihah mak, semoga bertemu di syurga yang abadi”, komen netizen nurulkhairiah122 dan berdoa untuk bertemu ibunya di syurga.
Seorang susuk ibu tidak pernah meminta-minta untuk anak-anaknya membalas segala pengorbanan yang ibu mereka berikan. Cuma seorang ibu mengharapan untuk anak-anaknya sentiasa berada bersamanya dan menghargai mereka.
Kredit: norliza92