Bercakap soal gaji, paras gaji minimum di Malaysia masih di tahap yang rendah jika dibandingkan dengan kos sara hidup sekarang.
Kebanyakan syarikat sudah meletakkan paras gaji mengikut tahap kelayakan dan pengalaman seseorang. Ada yang menepati syarat dan ada yang sebaliknya.
Bercakap berkenaan gaji, sebuah syarikat Food & Beverage (F&B) lokal yang dikenali dengan Bungkus Kaw Kaw mendapat perhatian ramai apabila syarikat berkenaan membayar gaji yang berpatutan dan dikira berbaloi dengan jawatan (Brand Management – Marketing & Communication) – pemasaran.
Kesanggupan mereka untuk membayar gaji yang berbaloi itu dianggap jarang berlaku kerana banyak syarikat masih meletakkan harga yang rendah.
Perkongsian pendapat yang dikongsi oleh Khairul Aqmal itu menerima persetujuan ramai apabila dia memuji Bungkus Kaw Kaw yang terkenal dengan air kopi klasik sedap.
“Fuh! Steady Bungkus Kaw Kaw! Sanggup bayar gaji RM10 ribu dan ke atas per bulan untuk jawatan head marketing. Steady!” pujinya melalui hantaran di laman X berkenaan.
Katanya lagi, pada tahun lepas dia pernah ditawarkan jawatan yang sama di sebuah syarikat F&B yang dimiliki oleh sebuah chef selebriti dengan gaji yang lebih rendah.
“Last year pernah dapat offer untuk apply jadi Head of Marketing F&B joint own by a celebrity’s chef. Tapi bila tanya berapa dia nak offer, recruiter kata paling tinggi RM7K”, kongsinya dalam hantaran sama.
Sumber: Khairul Aqmal
Baca juga: 5 Lokasi Makan Durian Sedap Di Kuala Lumpur & Selangor. Boleh Makan Sampai Puas!