Selain ayam goreng, burger daging McD juga tentu menjadi kesukaan ramai. Rasa daging yang sebenar membuat ramai tergilakannya.
Jadi bagaimana perasaan korang apabila kita berkongsi bahawa McD telah upgrade burger daging kegemaran ramai? Tentulah teruja, kan?
Jadi korang ingin tahu apa perbezaan dan perubahan tentang burger daging McD yang diperbaharui betul tidak? Kami dah tau apa-apa perbezaan dan nak bagitau kitaorang sebab awal ni kami dah menyertai acara #BeefPerfection di McD Subang Bestari.
Acara #BeefPerfection ni dilengkapi dengan sesi Kitchen Tour dan Sesi Tasting is Believing. Selain itu, ada juga #BeefPerfection 360° Cam, photobooth yang menarik dan AR Filter yang dapat tengok burger daging McDonald’s dengan maklumat tentang perubahan baharu.
Dalam sesi ni, kami dapat cuba Double Cheeseburger versi lama VS Double Cheeseburger versi yang diperbaharui.
McD telah mengubah cara setiap kepingan daging burger dimasak (seperti kurangkan kepingan patty daging semasa masak dan patty daging digril bersama bawang) bagi memastikan ia kekal berjus & lebih enak, dan korang boleh rasai rasa daging burger yang sebenar, diperbuat dari 100% daging lembu dari Australia, New Zealand dan Brazil.
Selain itu, setiap burger daging McD juga dihiasi dengan roti bun yang tekstur lembut dan ditos hingga keperangan emas & nampaknya lagi berkilat.
Untuk pengetahuan korang, keju cheddar McDonald’s adalah import dari New Zealand. Dalam versi upgrade burger daging McD ni, keju dah cair dengan suhu yang lebih baik. Tekstur dia lebih cheesy dan lebih mudah cair!
Tak lupa bagi penggemar Big Mac pula, tentunya korang gembira bila burger itu dilengkapi dengan sos Big Mac yang lebih banyak, setiap gigitan tentu lebih memuaskan!
Korang boleh dapat Double Cheeseburger Medium McValue Meal di harga RM10.95 sahaja! Promosi ni hanya 24 Jam je dan mula dari 10am, 15th Oktober sehingga 2am, 16th Oktober.. Sebab McDonald’s dah join “Malaysia Book of Record” untuk mencipta “beef burgers dijual terbanyak dalam masa 24 jam”
Jadi tunggu apa lagi penggemar McD? Jom ke cawangan McDonald’s yang berdekatan untuk cuba rasa burger yang baru atau pesan sahaja melalui McDelivery dan drive-thru!