Berita gembira buat peminat Burger King di luar sana. Kini mereka mengeluarkan menu baharu yang lebih menyengat dan padu. Iaitu Pepper King yang cukup menyelerakan bersempena dengan Tahun Baru Cina 2021!
Kami pasti yang korang belum pernah merasai lagi burger yang dilengkapi dengan sos lada hitam yang begitu padu ini. Kombinasi yang sangat sempurna antara patty beef atau ayam yang disaluti sos lada hitam, hirisan bawang serta sos nachos cheese Burge King. Pastinya sangat kena dengan selera anda!
Sangat rugi kalau anda tidak mencubanya. Datang dengan 2 jenis pilihan. Korang boleh pilih sama ada mahu yang Pepper King Tendergrill atau Extra Long Pepper King Beef. Pastinya kedua-dua ini sangat enak dan menggiurkan!
Kedua-dua hidangan ini datang bersama dengan Fries (M) dan Soft Drink (M). Apa yang lebih menarik lagi adalah sekiranya korang beli Pepper King yang large, korang berpeluang untuk memenangi Play Station 5 baru! Jadi tunggu apa lagi guys, jom dapatkan sekarang sementara stok masih ada.
Sumber: Syioknya.com