Gerai Oblong Burger Station Kampung Lapan yang menyediakan pelbagai jenis burger lazat. Antara menu special di situ ialah burger ramen dan burger berwarna warni ini sangat dikenali ramai, terutamanya warga kota Melaka Bandaraya Bersejarah. Oblong Burger Station Kg. 8 yang terletak di Jalan Pokok Melaka, Taman Kesidang ini, menyajikan menu burger yang unik, menarik serta menjadi perhatian pelanggan.

Terdapat lebih kurang 20 pilihan menu burger yang disajikan di sini, salah satu yang digemari ramai ialah Burger Ramen. Burger ini diperbuat dari mee segera yang telah dimasak, digaulkan dengan telur dan perencah. Sos yang digunakan untuk burger ini juga amat pekat serta mempunyai rasa lain daripada yang lain. Harga yang ditawarkan juga berbaloi dan berpatutan.

Sumber: Hypp Inspirasi

(This post has been visited 4 times!)