Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Buruh Dari Indonesia Berasa Terharu Apabila Dihidangkan Air & Makanan, Dah 11 Tahun Kerja Di Malaysia Tapi..

Buruh Dari Indonesia Berasa Terharu Apabila Dihidangkan Air & Makanan, Dah 11 Tahun Kerja Di Malaysia Tapi..

Kategori:
BURUH-DARI-INDONESIA

Umum sudah tahu bahawa ramai pekerja asing dari negara Indonesia, Bangladesh, Myammar dan banyak lagi telah memilih untuk bekerja di Malaysia bagi membantu menyara keluarga di negara mereka.

Tidak memilih dari segi pekerjaan, ramai diantara mereka terdiri daripada tenaga buruh dan melakukan kerja pembinaan dan pembakian di bawah majikan masing-masing. Namun, oleh kerana berasal dari negara luar, mereka sering berdepan dengan diskriminasi dan cemuhan sesetengah rakyat tempatan. Padahal, niat mereka hanyalah untuk menumpang rezeki.

Buruh Dari Indonesia Berasa Terharu

Di laman TikTok, seorang pengguna, fatinnnnn1992, memuat naik sebuah video dan berkongsi kisah sebak yang baru sahaja dikongsikan oleh ibu bapanya baru-baru ini.

Menggunakan perkhidmatan buruh untuk membina sebuah rumah untuk kakak dan abangnya, menurut ayahnya, buruh dari Indonesia itu berasa terharu dan gembira apabila mereka menjamukan mereka air dan makanan.

Tambahnya, selama 11 tahun bekerja di Malaysia, inilah kali pertama mereka menerima layanan sebegini. Sedih, perkara itu benar-benar menyentuh hatinya.

https://www.tiktok.com/@fatinnnnn1992/video/7043714136538139930?_d=secCgwIARCbDRjEFSADKAESPgo8PfTsoyznA1LZXQ4jqMvGsoB0NL3RDkxI5ucObdsNf3JOjKIKe1JV4dFUv4CNWeSlr1ZxjLwfnvsKl4OAGgA%3D&checksum=29dcd952135cca63336782e2a2b6a39c759c107cd072354ad1879d6366799b37&language=en&mid=6967901987828566785&preview_pb=0&region=MY&sec_user_id=MS4wLjABAAAA0izk3jgf3hvhtWUIZjXnitVM9KEmOzDeIeY7gKOy_9VdHB7vSLHB1LyZyWSpnxqW&share_app_id=1180&share_item_id=7043714136538139930&share_link_id=c1b10e51-ba61-4960-a1d5-0027aca23a2f&source=h5_t&timestamp=1640494378&u_code=deefmbm423ifc3&user_id=6873278743792993282&utm_campaign=client_share&utm_medium=android&utm_source=telegram&_r=1&is_copy_url=0&is_from_webapp=v1&sender_device=pc&sender_web_id=7014289098874471937

@fatinnnnn1992##fypdongggggggg ##tukangrumah ##rezekidikongsibersama♬ original sound – REZTU SINGGIH

Perlu Dididik Dari Awal

Menjengah di ruangan komen, warganet turut berasa terharu dengan perkongsian itu. Tambah mereka, tetamu perlu disambut dengan baik, tanpa mengira bangsa atau agama. Segelintir dari mereka bersyukur kerana sikap itu sudah diasuh dalam diri mereka. BURUH-DARI-INDONESIA

Berbuat Baik Sesama Manusia

Malah, tak salah juga kita berbuat baik sesama saudara kita. Jika mereka memerlukan bantuan atau sekadar menumpang untuk berehat seketika, apa salahnya kita menghulurkan? BURUH-DARI-INDONESIA

Jauh dari keluarga dan tanah air, apa salahnya jika kita berbuat baik dengan mereka dari negara luar yang penat mencari rezeki di negara kita? Berbuat baik sesama insan lain dan kebaikan akan datang kembali pada anda.

Kredit: TikTok fatinnnnn1992

Baca Juga: Selalu Bercakap Elok & Belanja Pekerja Asing Makan, Warganet Berasa Kagum Dengan Sikap Mulia Majikan Ini.

tags: