Baru-baru ini heboh di media sosial berkenaan dengan seekor burung yang disangka didera kerana kelihatan direbus hidup-hidup. Memang agak menghebohkan laman Twitter bila mana seorang individu dari Jepun memuat naik gambar seekor burung yang cantik sedang berada di dalam air yang umpama mengelegak.
Ekoran gambar yang dimuatnaik tersebut menyebabkan orang ramai beranggapan bahawa burung itu direbus hidup-hidup tetapi ternyata ianya bukan. Hal tersebut sudah dijelaskan kembali oleh pemilik gambar tersebut di mana burung yang cantik itu hanya sedang bermandi-manda. Kocakan air yang kelihatan mengelegak itu adalah kerana burung tersebut sangat gembira mandi di dalam bekas umpama periuk itu.
よろしくお願いします☺️
毎度こんな感じで顔が…笑 pic.twitter.com/cnKjZQcZ2A— うた (@mochimaru_1209) June 24, 2020
Burung cantik yang diberi gelaran Maru bukan didera atau direbus tetapi sedang menikmati saat-saat indah mandi di dalam air yang sejuk. Dengan keadaan ‘terbaring’ dan seluruh badan basah kuyup, kegembiraan yang dirasai oleh si Maru ini juga pastinya turut dirasai oleh sesiapa yang melihat gambar ini.
Tidak cukup dengan gambar untuk membuktikannya. Pemilik Maru juga memuatnaik sebuah video yang menunjukkan bagaimana gembiranya Maru ketika sedang mandi di dalam periuk itu.
動画もあるよ〜 pic.twitter.com/8zDlnBPfDe
— うた (@mochimaru_1209) May 31, 2020
Jadi semua orang tidak perlu bimbang dan tanggapan orang ramai berkenaan dengan burung cantik direbus hidup-hidup adalah salah.
Sumber: @mochimaru_1209