Butter Chicken

Butter chicken sememangnya sering menjadi pilihan ramai. Memang masak butter ini cukup sedap, tak kiralah udang, ikan, ketam dan macam macam lagi jenis lauk. Di sini saya kongsikan resepi bagaimana cara untuk memnyediakan butter chicken.

Resepi

– 200g dada ayam
– 1 biji telur
– 1 mangkuk tepung serbaguna (tepung goreng ayam perisa pedas)
– 1 biji bawang besar
– 3 ulas bawang putih
– 2 biji cili api
– 3 tangkai daun kari
– 1 cawan susu cair
– 1 keping cheese cheddar
– 1/2 sudu kecil garam
– 1 – 2 sudu besar susu pekat manis

Cara Penyediaan

1. Salutkan dada ayam dengan tepung serbaguna. Kemudian salut dengan telur dan salutkan sekali lagi dengan tepung serbaguna
2. Goreng dada ayam dengan rangup (angkat ayam bila warna kekuningan)
3. Panaskan kuali, masukkan mentega, bawang besar, bawang putih, cili api serta daun kari
4. Masukkan susu cair, susu pekat manis, cheese serta sedikit garam (gaul sehingga sebati)
5. Masukkan ayam yang siap digoreng tadi kemudian gaul sehingga sebati.

Siap untuk dimakan !

0/5 (0 Reviews)
(This post has been visited 33 times!)