Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » “Berani Dia Letak Begitu..” Campurkan Pelbagai Jenis Suplemen Ke Dalam Susu Anak, Ibu Tersebut Sedar Akan Kesalahannya

“Berani Dia Letak Begitu..” Campurkan Pelbagai Jenis Suplemen Ke Dalam Susu Anak, Ibu Tersebut Sedar Akan Kesalahannya

Kategori:
PELBAGAI-JENIS-SUPLEMEN

Sebagai seorang ibu, semestinya kita mahukan anak-anak di rumah untuk membesar secara sihat dan baik. Faktor pemakanan yang seimbang memainkan peranan yang penting, jadi ibu-ibu perlu memastikan anak-anak mendapatkan nutrisi dan zat secukupnya.

Oleh itu, ada segelintir ibu bapa yang sanggup berbelanja ratusan ringgit untuk mendapatkan pelbagai jenis vitamin dan suplemen untuk membantu pembesaran anak-anak. Namun begitu, tak semua jenis suplemen dan vitamin sesuai diambil oleh anak-anak. Lebih-lebih apabila usia mereka masih lagi kecil.

Wanita Ini Terkejut Melihat Seorang Ibu Berikan Anak Pelbagai Jenis Suplemen

Di laman TikTok, seorang pengguna, glitterfairygodmother_, berasa terkejut apabila melihat seorang pengguna, memuat naik sebuah video yang berkongsi campuran susu yang diberi pada anaknya.

Mengejutkan, wanita dalam video tersebut telah meletakkan satu sachet suplemen dan satu kapsul minyak Omega 3 ke dalam air susu anaknya.

Wanita itu yang juga merupakan seorang ibu, merasakan tindakan yang dipaparkan dalam video tersebut tidak seharusnya berlaku memandangkan anak yang masih kecil tidak memerlukan suplemen sebegitu lagi.

https://www.tiktok.com/@glitterfairygodmother_/video/7044365082645564698?_d=secCgwIARCbDRjEFSADKAESPgo8ZbiRSgUCV%2BWWyX9TGSON2kKYwLdtyBV1i%2FywuKHy2qElGYZdOZ7znKbYrBl1Vm9DTTFOOKuKGxV54oIzGgA%3D&checksum=68461263323f78846fec867725bfc71069de37fee78790601b08bf9836cebdd9&language=en&mid=7044365092171074331&preview_pb=0&region=MY&sec_user_id=MS4wLjABAAAA0izk3jgf3hvhtWUIZjXnitVM9KEmOzDeIeY7gKOy_9VdHB7vSLHB1LyZyWSpnxqW&share_app_id=1180&share_item_id=7044365082645564698&share_link_id=269bb4d3-ba6a-4dc3-958f-0f312be52dde&source=h5_t&timestamp=1640219912&u_code=deefmbm423ifc3&user_id=6873278743792993282&utm_campaign=client_share&utm_medium=android&utm_source=telegram&_r=1&is_copy_url=0&is_from_webapp=v1&sender_device=pc&sender_web_id=7014289098874471937

@glitterfairygodmother_I am a mother and this really break my heart! Budak2 below 2 years tak boleh bagi mereka adults punya supplement even if you letak setitik ke apa!!!♬ original sound – Jul Dylan

Kesian Dekat Anak..

Menjengah di ruangan komen, warganet turut bersimpati dan risau akan kesihatan anak itu. Tindakan ibunya adalah amat membahayakan dan boleh menjejaskan kesihatan anaknya. PELBAGAI-JENIS-SUPLEMEN

Wanita Itu Sudah Sedar Akan Kesalahannya

Sedar akan kesalahannya, pemilik video tersebut telah memadam video tersebut. Malah, seorang warganet turut menggesa orang ramai untuk memaafkan kesalahannya. Mungkin tidak tahu, setiap orang melakukan kesalahan. PELBAGAI-JENIS-SUPLEMEN

Menjadi seorang ibu ini tidak mudah, semestinya kita mahukan yang terbaik buat anak-anak. Namun begitu, jangan lah pula kita terlalu taksub mengejar kesihatan sehingga mencampurkan pelbagai jenis suplemen dalam makanan anak-anak. Jika tidak tahu, seeloknya mendapat rujukan seorang doktor kerana mereka merupakan pakar.

Semoga perkara ini menjadi pengajaran buat kita semua.

Kredit: TikTok glitterfairygodmother_

Baca Juga: “Jangan Telan Apa-Apa..”, Doktor Pakar Buah Pinggang Ingatkan Orang Ramai Jangan Ambil Atau Makan Suplemen Selain Ubat Mereka!

tags: