Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 707K followers
  • 306K followers
  • 99.6K Followers
Home » Tip & Petua » Tak Perlu Gunting Satu-Satu, Ini Dia Cara Mudah Untuk Asingkan Biji Cili Kering

Tak Perlu Gunting Satu-Satu, Ini Dia Cara Mudah Untuk Asingkan Biji Cili Kering

Kategori: ,
cara mudah asingkan biji cili kering

Cili kisar diperbuat daripada cili kering. Pasti ramai dalam kalangan kita yang menyediakan cili kisar ini. Hujung minggu mesti buat banyak terus. Namun part nak asingkan biji cili kering tu kadangkala mengambil masa yang lama. Gigih gunting satu-satu dan cungkil atau tarik bijinya.

Tapi ada seorang lelaki, Mohd Ahzad Bin Nadirun membuat perkongsian berkenaan dengan cara mudah dan cepat untuk buang biji cili kering. Tak payah potong satu-satu. Lebih cepat dan tangan pun tak pijar. Jom kita ikuti perkongsiannya.

Cara Mudah Asingkan Biji Cili Kering

  1. Masukkan cili kering ke dalam chopper macam ni. Isi banyak mana yang korang nak. 
  2. Penuhkan pun tiada masalah. Lepas tu tekan je jangan lama-lama sangat. Nanti hancur jadi cili flakes pula.
  3. Nampak terkeluar semua biji dia kan. 
  4. Kemudian tapis macam ni. Tak tapis pun takpa. Boleh terus rebus je. 
  5. Tada! Banyak kan biji dia. Sekejap je kerja, senang. 
  6. Masukkan ke dalam periuk. Rebus untuk lembutkan dia. 
  7. Nak rendam dengan air panas je pun boleh. Tapi lambat sikit la nak lembut. 
  8. Lepas rebus, cuci dulu. Cantikkan.
  9. Kemudian kisar, tak perlu letak banyak air. Sebab nanti bila tumis atau masak dia akan percik satu dapur.
  10. Siap. Tak sampai 10 minit pun. 

Mudah sangat kan nak buang biji cili kering guna cara ini. 10 minit je, dah boleh siap untuk semua. Nak guna nanti ambil je. Jadi bagi korang yang belum ada lagi pengisar atau chopper macam ni, mungkin boleh beli dekat sini. Bukan sahaja untuk kisar cili kering, bahan lain pun boleh tau.

Kredit: Mohd Ahzad Bin Nadirun Via MAHN

Baca juga: Wanita Ini Kongsi Cara Buat Cili Kisar Supaya Tahan Hampir 3 Bulan Tanpa Bahan Pengawet!

tags: | |