Pasti warga TikTok mengenali Norsufia Johari atau pun lebih mesra di panggil Cik Pia. Cik Pia sering berkongsi video-video berkenaan dengan makan makanan yang sihat seperti halia, kunyit, peria dan sayuran lain secara mentah sahaja.
Malah baru-baru ini, dia juga ada berkongsi sebuah video berkenaan dengan bawang putih yang dibakar dan rasanya seperti kacang. Rata-rata warganet yang terliur ada yang sudah mencubanya. Namun ada warganet yang tersilap cara dan menyatakan ianya tidak rasa seperti kacang.
Kemudiannya, Cik Pia menunjukkan cara yang betul untuk membakar bawang putih ini agar rasanya sama persis dengan rasa kacang. Bawang putih bakar ini memang banyak khasiatnya. Antaranya adalah ia dapat membantu mencegah pembentukan angiotensin II, hormon dan melancarkan pembuluh darah.
@norsufiiajohari Dah jgn gaduh asyik tanya je..TGK sampai habis tau..#cikpiamakan #viral #fypシ #MYFoodie #beauty
@norsufiajohariDah jgn gaduh asyik tanya je..TGK sampai habis tau..##cikpiamakan ##viral ##fypシ ##MYFoodie ##beauty♬ Sounds like a mystery music box – Yohei
Selain dibakar atas kuali, bawang putih ini juga boleh dibakar menggunakan Oven, Microwave atau AirFryer. Pastinya menggunakan Air Fryer lebih baik kerana tidak menggunakan minyak. Jadi bagi korang yang belum cuba lagi bawang putih bakar ini, jom kita cuba sekarang. Confirm puas hati!
Kredit: TikTok Norsufiah Johari
Baca juga: Cara Buat Kerepek Bawang Putih Rangup Dan Berkhasiat, Asyik Sangat Makan Tak Pandang Kiri Kanan Dah