Kerang merupakan antara makanan laut yang sangat kaya dengan zat besi. Selain dari tiram dan remis, kerang juga antara makanan laut yang tinggi dan baik zat besinya. Satu hidangan 100 gram kerang mengandungi hingga 3 mg zat besi. Jadi 100 gram kerang sudah mencukupi 17 peratus nilai harian zat besi.
Kerang memang enak. Sama ada dimakan rebus dan dicicah dengan air asam atau dibakar dan dimasak pedas. Nak mendapatkan kerang serta memasaknya memang sangat mudah. Namun nak membersihkan kulitnya memang sukar. Terpaksa menggunakan berus barulah bersih.
Gigihlah mengosok dengan berus satu persatu. Kalau tak bersih memang tak lalu nak makan kerna kulitnya yang berselut dan kadang-kadang mempunyai bulu. Tapi kali ini anda tak perlu susah payah dah. Sebab ada seorang wanita di laman facebook yang berkongsi cara membersihkan kulit kerang dalam hanya 10 minit sahaja!
SELAMAT MENCUBA!
Kredit: Bika Bika Via MAHN
Baca juga: Resepi Kerang Masak Cili Ala Sheila Rusly, Pedas Sik-Sik Memang Bikin Ketagih, 45 Minit Siap!