Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Lelaki Ini Kongsi Cara Betul Minum Air Kosong Ketika Sahur, Tak Cepat Haus & Bertenaga Untuk Puasa

Lelaki Ini Kongsi Cara Betul Minum Air Kosong Ketika Sahur, Tak Cepat Haus & Bertenaga Untuk Puasa

Kategori:
air kosong ketika sahur

Sebut je air kosong, sememangnya air ini perlu untuk diminum ketika sahur. Ia membantu mengekalkan cecair di dalam badan. Tanpa air yang mencukupi, fungsi badan anda secara amnya boleh terganggu.

Jadi untuk mengekalkan air di dalam badan ketika sahur untuk lebih bertahan semasa berpuasa, seorang lelaki berkongsi tentang cara minum air kosong ketika sahur.

Katanya, dengan meletakkan garam, gula dan kurma, ia boleh mengelakkan air yang diminum dibuang dengan hanya kencing semata-mata.

“Sahur nanti letak garam dan gula sedikit supaya air tu lebih diserap oleh tubuh kita. Yang terbaik rendam kurma semalaman. Kalau minum air kosong sahaja nanti banyak kencing je. Ya ini tweet saintifik”, ciap amalmnop dalam laman X miliknya. air kosong ketika sahur

Dia juga menerangkan untuk mengikut sunnah. Air nabeez rendaman kurma. Lalu, letak sedikit garam (bukan garam halus / table salt tapi garam Himalaya, Bukit, Buluh atau Celtic) dan gula untuk balance rasa tu.

“Paling bagus, buat air nabeez segelas, larutan electrolyte (garam+gula) atau ORS atau air kelapa) segelas. Bukannya kita minum segelas je air. Pahala sunnah pun dapat.

“Aku dah try. Cara ni berkesan untuk aku, bantu kekalkan hydration dalam badan”, katanya lagi dalam perkongsian cara minum air kosong ketika sahur. air kosong ketika sahur air kosong ketika sahur

Jadi, untuk korang yang ingin mencuba cara ini, boleh lah cuba untuk sahur nanti. Semoga perkongsian ini mendapat manfaat kepada para pembaca.

Selamat mencuba!

Sumber: Amal 

Baca juga: Hidangan Sahur Sonny Bill Williams Tarik Perhatian Ramai, Makan Telur & Bubur Untuk Tahan Kenyang

tags: | |