Starbucks sudah semakin meningkat naik dan digilai oleh semua warga dunia. Siapa je yang tak minat minuman starbucks ini kan? Minuman ini dianggap mewah dalam kalangan masyarakat Malaysia. Mungkin anggapan itu disebabkan harganya yang agak mahal berbanding minuman di kedai biasa atau kedai lain.
Tetapi itu semua tidak menghalang anda untuk menikmati starbucks ini kerana mereka membuat promosi hampir setiap bulan. Jadi dikala ada promosi, ambillah peluang tersebut untuk menikmatinya.
Seperti yang diketahui semua, Starbucks menyediakan aneka pilihan kopi, teh mahupun minuman edisi terhad. Selain itu ada juga menu biasa seperti Latte, Mocha, Green Tea serta Java Chips. Dan bagi anda yang tak tahu nak order apa saat ke Starbucks. Anda boleh cuba minuman Java Chip Frappucino dan beberapa topping pilihan yang lazat dan digilai semua.
Semoga pilihan di atas membantu anda membuat pilihan yang terbaik! Selamat mencuba!