Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 707K followers
  • 306K followers
  • 99.6K Followers
Home » Tip & Petua » Peti Tak Sejuk? Lelaki Ini Kongsi Cara Membaikinya Dengan Modal RM12 Sahaja

Peti Tak Sejuk? Lelaki Ini Kongsi Cara Membaikinya Dengan Modal RM12 Sahaja

Kategori: ,
cara-baiki-peti-tak-sejuk

Peti sejuk merupakan perkakasan dapur yang wajib ada pada setiap rumah bagi menyimpan barang makanan supaya tahan lama.

Namun bila lama-kelamaan mengunakannya, peti sejuk ini kadang-kala akan meragam dan mulai rosak. Sebagai contoh, peti ais bahagian atas terlapau sejuk sampai beku tapi bahagian bawah tidak sejuk sama sekali atau sebaliknya.

Peti tak sejuk? Tak perlu hantar kedai, baiki sendiri sahaja

Jika mengupah orang untuk membaiki peti sejuk tersebut pasti memakan harga yang agak mahal. Namun sebenarnya, kita boleh membaiki sendiri peti sejuk yang sudah rosak dengan harga yang sangat murah!

Menerusi laman sosial Facebook, seorang lelaki bernama Jannatun Naim berkongsikan cara bagaimana untuk membaiki sebuah peti sejuk yang sudah tidak berfungsi seperti yang sepatutnya dengan hanya bermodalkan RM12 sahaja.

Jom baca perkongsian olehnya di bawah:

Pernah tak peti sejuk kat atas beku, tapi kat bawah tak sejuk takpun kat bawah kurang sejuk?

Jadi saya nak kongsi sikit, selalunya yang jadi masalah ialah defrost thermostat / defrost sensor yang rosak. Jadi saya nak tunjuk kat mana dan cara nak tukar benda ni. Sensor ni saya beli online, sebab kedai tak bukak masa pkp ni. Modal lebih kurang RM12 benda ni.

Benda yang perlu:
– off power weyyyy, mati keras satgi
– Screwdriver philip

– cable tie
– defrost thermostat
– shirnk tube/ selotip hitam
-hair dryer optional

Kalau bukak cover bahagian atas peti sejuk, macamni rupa dia, semua dah frozen, sebab tu bawah tak sejuk.

Tunggu ais mencair. Boleh guna hair dryer supaya cepat sikit cair, tadah bekas supaya senang nak buang ais yang cair tu.

Bila ais dah cair, perasan tak benda tiub warna pink tu. Haaa tu la sensor tu. Potong cable tie tu, tarik keluar sensor tu.

Ok ni keadaan sensor tu. Yang bawah tu, baru punya.

Ok macam ni. (Beli di sini)

Potong wire yang asal tu. Pastu sambung pada yang baru, jangan risau takde polarity. Letak sahaja ikut suka kalian. Kemaskan guna heat shrink tube (warna hijau tu). Kalau tak ada, guna salotip hitam pun tak apa.

Letak pada posisi asal, bahagian metal sensor tu hala ke bahagian bawah ya. Guna kable tie, ikat balik kemas-kemas supaya tak bergerak. Tutup balik cover. 

P/S: Yang tiub sebelah bawah tu pula nama dia thermal fuse, macam fius biasa untuk elakkan coil terlebih panas (fius putus). Masa peti sejuk ini aut untuk cairkan ais (defrost heater) yang terjadi semasa compressor off.

Semoga perkongsian ini dapat membantu anda yang mempunyai masalah peti tak sejuk di rumah.

Kredit: Jannatun Naim

tags: |