Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Cara Buat 14 Biji Kek Cawan Oren Yang Mudah Dan Menjilat Jari, Sesuai Untuk Bawa Ke Jamuan

Cara Buat 14 Biji Kek Cawan Oren Yang Mudah Dan Menjilat Jari, Sesuai Untuk Bawa Ke Jamuan

Kategori:
kek cawan oren

Ada di antara kita masih bingung untuk memilih makanan apa yang sesuai dijadikan sebagai potluck untuk dibawa ke majlis. Jika anda inginkan pencuci mulut berupa kek cawan dalam jumlah yang kecil, kami ada satu solusi dan resepi untuk anda rujuk.

Di sini, kami kongsikan cara menyediakan 14 kek cawan oren yang mudah dan menjilat jari pastinya!

Cara Buat 14 Biji Kek Cawan Oren, Sesuai Untuk Bawa Ke Jamuan

Bahan-bahan

  • 1 biji telor gred A
  • 1/2 cawan gula kastor
  • 200 ml susu segar
  • 1 sudu besar oren Sunquick + sedikit pewarna oren
  • 90 ml minyak jagung
  • 2 cawan tepung kek (tips: kalau tepung biasa, boleh ayak serbuk penaik)
  • 1/2 cawan buahan kering (cuci dengan air panas dulu dan tos, buahan kering ini separuh letak dalam adunan,  separuh lagi letak di kek cawan)

Cara penyediaan

  1. Pukul dan kacau telur gula (boleh guna tangan sahaja).
  2. Apabila bahan sudah kembang, tambahkan susu dan kacau serta letak perasa oren dan sambung kacau.
  3. Kemudian, letak minyak jagung dan kembali kacau bahan hingga sebati. Letak tepung sedikit-sedikit sehingga adunan nampak cantik.
  4. Letak  3/4  adunan itu dalam 14 cawan kertas.
  5. Bakar menggunakan suhu 170 darjah celcius selama 30-35 minit (api atas bawah).

kek cawan oren

 

Selepas siap 14 biji kek cawan oren ini, anda bolehlah letak di dalam bekas cantik-cantik untuk dijadikan potluck dan makan bersama kenalan atau rakan-rakan di majlis berkenaan.

Jangan pening-pening dan selamat mencuba!

kek cawan oren

Kredit: Malnorashima Bt Ismail 

Baca juga: Cara Ringkas Masak Hidangan Bunga Kantan Goreng, Makan Dengan Nasi Sahaja Pun Enak!

tags: | |