Setiap kali nak berbuka puasa, mesti nak minum air yang menyegarkan bukan? Setelah seharian menahan dahaga, dapat minum air sejuk-sejuk memang padu! Jom buat air nenas soda ni untuk berbuka nanti. Memang puas hati kalau dapat minum semasa waktu berbuka.
Cara Buat Air Nenas Soda Yang Wajib Dicuba, Memang Sedap!
Bahan-bahan:
- 1 tin nenas Hosen
- 1 1/2 cawan air soda Fn
- 5 potongan kecil buah nenas
#Tak perlu gula dah sebab air soda, air nenas dah cukup manis.
Cara-cara:
- Kisar nenas dengan air soda, lepas tu tapiskan dalam penapis santan. Tujuan dia untuk hilangkan buih nenas. Kacau dengan sudu sambil tapis tu.
- Isi dalam jug cantik 1.6 liter ni, isi buah tin dan air sekali, isi ais. Ketuk ais kecil baru sedap.
- Siap!
Kredit: Ben Safwan
Selamat mencuba!
Baca juga: Cara Buat Jus Tembikai Susu, Memang Mudah & Sedap