Bagi golongan remaja, perubahan hormon boleh menyebabkan pelbagai masalah seperti bau badan, jerawat di muka dan seluruh badan. Hal itu boleh menyebabkan mereka berasa tidak selesa dan kurang yakin untuk bergaul dengan rakan-rakan sebaya. Selain itu, perkara tersebut juga yang akan menyebabkan mereka diejek dan memberi kesan pada mentaliti mereka.
Jika anak-anak atau adik-adik anda mengalami masalah itu, cubalah resepi air rebusan untuk hilangkan jerawat dan bau badan yang telah dikongsikan oleh Norliza Mohd Salleh di grup Masak apa Hari Ni (MAHN). Bahan-bahannya mudah sahaja untuk didapati. Jom baca perkongsiannya.
Minuman ini seeloknya diamalkan sekali seminggu. Bagi perempuan, ia juga sangat bagus diminum ketika period kerana dapat membantu melegakan sakit segugut dan melancarkan peredaran darah. Tapi kaum lelaki juga boleh mengamalkannya untuk badan berasa lebih sihat dan cergas.
Semoga tips ini mampu membantu anda.
Kredit: Norliza Mohd Salleh via MAHN
Baca Juga: Hari-Hari Sakit Kepala, Akhirnya Cuba Minuman Ini. Macam Magik, Terus Hilang Sakit Kepala!